Monday, January 4, 2010

Tidak tahan lagi

Assalamualaikum dan salam pembaharuan.

Hari ini merupakan hari pertama bagi mereka yang bergelar pelajar sekolah lagi dan pelajar-pelajar UMP yang memulakan latihan industri.Semoga hari ini membawa lembaran baru dan sinar baru kepada anda semua.Masa itu,sudah lama saya tinggalkan dan saya rasa amat rindu akan waktu dan ketika itu.

Sekarang aku sudah bergelar PRODUCT ENGINEER.Ya,memang aku tidak sangka aku ada title.tetapi aku tidak bangga dengan title semata-mata.Masuk bulan ini sudah 9bulan aku bekerja.Tiada perubahan dan tiada apa yang dijanjikan kepadaku oleh majikan aku.Hanya EPF aku baru sahaja dipotong bulan lepas.Aku terasa bengang dan marah akan masalah ini.Aku sudah lama bekerja tetapi baru bulan lepas EPF aku dipotong dan mana janji untuk menaikkan gaji aku?Aku sudah lama pendamkan ini semua.

Aku sangka,akhir tahun hari itu ada sedikit perubahan,tetapi tidak sama sekali.Aku amat bengang dan marah.Kerja seperti kuli batak.tapi tak ada apa-apa benefit pun.Untuk menabung jauh sekali.nasib baik aku ada ASB.disitu sahajalah aku menabung dan kalau aku menabung,cukup bulan mesti ada keluar sedikit.Aku tidak mahu lagi menjadi seperti ini.Aku mahu lari dari keadaan seperti ini.

Aku mahu memulakan hidup aku.Dari hasil titik peluh aku sendiri.Memang ada yang bersuara,'jangan berhenti kerja' n 'Mana nak cari kerja lain?'..aku kadang-kadang terfikir.apa yang aku akan lakukan?Insya ALLAH itu semua sudah ada didalam perancangan aku.Cuma aku mahu duduk semeja dengan abah.mahu berbincang dengan dia.Aku harap dia terima rancangan aku ini.

Aku sekarang kerja memang tiada hati di sini.Aku buat semata-mata tidak mahu kena marah dan Nampak aku mahu berhenti.Aku yakin dan pasti,majikan aku tidak akan bagi aku berhenti.Aku memang tidak kira.Kalau dia tidak bagi,aku akan buat sampai aku berhenti.Aku tidak larat akan mencari rezeki dengan hati tidak ikhlas.Seumur hidup tidak akan aman dan tenteram nanti.

Aku harap,ini semua menjadi pedoman hidup aku.Aku harap,aku dapat membuktikan yang aku ini boleh.Insya Allah.

Perancangan aku akan aku ceritakan pada post akan datang.

5 Comments:

  1. Anonymous said...
    hai br keje 9 bulan da nak demand naik gaji la itu la ini la... org lain keje cari pengalaman dulu, ni belum apa2 dah mcm cacing kepanasan...
    Anisa said...
    jgn putus asa.
    okei?
    sYafiQ said...
    anonymous : mungkin anda salah faham..kita perlu hidup untuk yang terbaik.tidak salah untuk merungut atau mensuarakan tidak puas hati.memang untuk mencari pengalaman.tetapi kita perlu juga mempertimbangkan berbaloi atau tidak.cuba kalau awak kerja mati-matian den majikan bagi awak 10ringgit je sehari dan tanpa ada benefit lain..apa perasaan awak?
    memang saya tak nafikan gaji saya memang cukup.tetapi saya mahu yang lebih baik...

    anisa : thanks btw:)doakan saya eh
    aida said...
    kadang2 kite kena merasa susah dulu sblum snang..

    dont give up okay?
    sYafiQ said...
    thanks nina...:)

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails