Tuesday, December 8, 2009

SKANDAL


Salam sejahtera kepada semua.Moga hari ini adaalah lebih baik dari semalam.

Hari ini aku mahu berkongsi cerita tentang SKANDAL.

PAgi-pagi lagi aku sudah terjaga dari tidur kerana terdengar HOT FM kat 8TV.tajuk utama hari ini adalah skandal.aku sangat tertarik dengan tajuk pada hari ini.Ramai juga yang member respon dengan tajuk pada hari ini.boleh dikirakan tajuk paling hangatlah.

Dan ramai juga yang membuat pengakuan berani mati terhadap diri sendiri dan para pendengar.Ada yang aku dengar tu,sudah ada suami pun ada skandal.ada yang dah ada isteri,ada 2 lagi skandal diluar sana.Ada yang sudah berkahwin,si isterinya ada skandal dengan kawan baik suaminya dan suaminya ada skandal dengan rakan isterinya.

Aku dengar tentang ini seperti tidak keruan.ada juga didunia ini buat benda-benda macam ini.Serius,aku agak takut bila dengar cerita semua itu.Moga aku dijauhkan dari semua ini.Tidak salah kalau belum berkahwin,tetapi sudah berkahwin kenapa perlu berlaku sedemikian rupa?aku tidak paham.

Salah satu sebab mereka adalah untuk mengisi masa yang kosong dan menjadi hobi.kenapa perlu mengisi masa dengan berSKANDAL?apa yang korang dapat?

Ya,aku tahu,perempuan yang berniat seperti ini adalah hanya untuk mendapatkan fulus. Materialistic sememangnya macam ini.Aku memang benci dengan perempuan sebegini.Bila dia dah dapat apa yang dia nak,terus pergi.Memang celaka ini perempuan.dan lebih mulia bagi aku panggil ini orang BETINA.

Aku harap aku dijauhkan dari orang seperti ini.

Aku juga tidak faham kenapa lelaki juga berSKANDAL sedangkan sudah mempunyai isteri yang cukup sempurna?oh,lupa.lelaki ada 9 nafsu dan 1 akal.perempuan pulak ada 9 akal 1 nafsu.(betulkan?)

Aku harap aku dijauhkan dari semua ini.

Cukuplah apa yang sudah ada dalam hidup aku.Aku tidak mahu lebih.dan aku juga tidak mahu buang MASA,DUIT dan macam-macam lagi kepada orang sebegini.Cukup aku sudah ada ornag yang betul-betul menyayangi aku dan serius dengan aku iaitu Fadia Edna Farahin Bte Mohd Fairoz

Ps/t : honey,b mintak maaf sangat tentang semalam.b harap honey faham dan kita sama-sama perbaiki diri kita.B saying honey sangat-sangat.

segala dugannya

Salam sejahtera semua pembaca sekalian,

Seperti yang kita ketahui,hidup kita ini penuh dengan pancaroba dan cabaran yang perlu kita lalui sekarang ini.mengapa ini semua terjadi?kita tidak patut salahkan takdir kerana itu semua sudah termaktub dalam buku kehidupan kita sehingga nafas terakhir kita.

Kita perlu lawan takdir itu sekiranya kita tidak mahu.tapi kita tidak tahu bagaimana caranya.kita cuba yang terbaik,moga segala kesusahan dapat kita elakkan dan segala urusan kita dapat diselesaikan dengan mudah.

Aku tahu aku bukan insan yang sempurna.aku insane yang lemah,tetapi aku mahu untuk menjadi insan yang berguna dan contoh kepada orang lain.aku tahu semua orang pandang rendah terhadap aku.aku tidak kisah.aku terima dengan hati yang redha.malah aku berdoa agar aku semakin baik dari sebelum ini.

Aku tahu kau marah terhadap diriku ini.aku akur dengan percakapan yang telah aku lontarkan.sebenarnya aku tidak mempunyai niat yang serius,aku cuma mahu bergurau senda pada asal niatku.tetapi tiba-tiba kita berada di situasi yang serius,aku tidak sangka ini akan menjadi serius.aku akur semua kesilapan ini.aku harap kau maafkan aku.

Aku terima kau seadanya.aku tidak pernah sedetik pun malu dengan diri kau.malah aku bangga dengan diri kau.aku mahu hidup kita menjadi sempurna.aku sudah cuba menjadi yang terbaik.tetapi aku rasa kali ini aku gagal.aku akur.aku tahu aku perlukan usaha lagi untuk mejadi lebih sempurna.aku sayang kau sangat-sangat.aku tidak pernah sedetik pun mahu mempermainkan diri kau.aku serius dengan kau.malah aku rasa kalau kau tiada,aku akan rasa amat tidak selesa.aku tahu kau memahami diri aku ini.dan aku juga dapat memahami dirimu sayang.

Ingat,ini hanya ujian kecil yang kita terima.kita belum jumpa ujian yang lebih besar yang akan kita hadapi.moga kita dapat hadapi ini semua dengan tenang dan bersama-sama.

Aku sayang hanya kau seorang.tiada orang lain.

Monday, December 7, 2009

apa yang dah jadi ni?

Salam sejahtera kepada pembaca sekalian,

Hari ini saya ada sedikit masa untuk menulis tentang cerita yang saya ingin kongsi bersama.

Semalam,saya dikehendaki untuk membuat training class for customer aku iaitu di SUNWAY Tower.Aku sampai disana pukul 2.30pm.agak seram dan takut kerana aku akan menunjukkan kepada para engineer,manager dan technician.Semua ada background masing-masing.Aku yang baru amatur ni rasa berada di bawah sangat-sangat.

Aku train and then,pergi wat practical plak.aku sebenarnya malas untuk wat demo bodoh jerk.then,aku suggest untuk wat practical.lagi mudah untuk faham.barnag yang diorang beli ni adalah power analyser.

Aku pun wat practical kat chiller room diorang and wat log untuk 5min.Then,data tu transfer pergi ke computer untuk analysis data.

Yang aku lemahnya,diorang ni wat-wat tak tahu.aku tahu diorang ni semua tahu pe yg diorang nak.Aku seperti diperkenakan oleh diorang.Aku tahulah aku ni melayu.kalau ye pun jangan r nak kenakan aku.ingat aku bodoh sangat.dah lah aku semalam tak ada mood n penat giler.last-last aku explain semua.tu pun diorang tak paham gak.

Ada masalah sikit dengan benda ni,aku cuba call boss aku tapi tak dapat.agak bengang gak aku.last-last,aku cakap ngan diorang,aku akand atang balik untuk explain more.coz diorang cakap barang ni problems.padahal circuit ko yang problems.aku malas je nak bagitahu..huhu

Baik ko tengok dulu circuit ko tu.baru cakap aku nye barang ni de probs.Next time aku akan g tapi tolong jangan Tanya soalan bodoh-bodoh.

Aku balik dalam 6lebih semalam.aku balik,semayang den terus aku tak sedarkan diri sehingga pukul 7pg tadi.

Aku dapat rasakan hidup aku untuk kerja sahaja.tak sempat untuk berehat dan makan semalam.SHIT men..

Kalau korang nak tahu camne kerja aku.mey gantikan tempat aku.kau ingat aku wat kerja bodoh-bodh je ke?kau setakat dok opis pastu rehat sampai 2jam pe kau tahu.then,dah tau aku ngan customer,tolong r jangan Tanya aku macam-macam pasal opis.kan ada clerk kat opis tu.tanya r dia.nape nak Tanya aku.aku ni kerja as product engineer ke clerk?semua kerja opis aku kne tahu.semua aku kena buat.huhuhu

*Sorry kalau ada yang terasa,aku hanya insane biasa yang mahu meluahkan perasaan aku yang sedang menguap-menguap mahu keluar tetapi tidak dapat keluar dengan kata-kata

Sunday, December 6, 2009

Natrah : Istana Budaya

Salam kepada pembaca sekalian.

Aku ingin menyambung cerita aku yang tak habis tentang perjalanan cerita aku semalam.

Ok,semalam aku dari Pulau Carey bersama Yaya ke Shah Alam untuk mengambil Bob untuk ke Istana Budaya.Tujuan kami adalah untuk menonton teater Natrah.

kami

Aku pergi bukan hanya untuk bertemu pelakon,tetapi mahu mengetahui lebih lagi perjalanan hidup sebenar Natrah.Kami sampai di Istana Budaya dalam pukul 7lebih.Sebenarnya kami pergi kerana join group teater Senandika yang lain pergi.Aku dapat berjumpa dengan rakan-rakanku yang telah lama aku tidak jumpa.Tapi aku seperti ada yang tidak kena.Aku pun tidak tahu kenapa.Aku rasa seperti ada kekurangan.Mungkin aku tidak rapat dengan mereka?atau ada sebab lain?

Sampai sekarang aku seperti tidak mengerti apa yang dah berlaku.aku serius RINDU SENANDIKA.senandika pengubat hati aku terluka,mengiburkan hati aku yang lara,memahami aku dikala susah dan senang,selalu bersama dan macam-macam lagi.tidak pernah aku dapat rasa lagi selepas ini itu yang pasti.semakin hari semakin rasa jauh dengan SENANDIKA.mengapa ini perlu terjadi?aku tidak mahu.aku mahukan SENANDIKA yang dulu.aku benci rasa seperti ini.tolonglah.

Kali ini aku tengok teater dapt seat kat tingkat atas sekali.sebelum ni aku akan dapat seat bawah.memang puas hati kalau kat bawah.kat atas ni sememangnya umpama tengok wayang kalau dapat seat paling depan.agak tidak selesa dan pelbagai perasaan yang aku dapat rasakan.aku sememangnya berminat gila dengan cerita ini tetapi aku seperti tidak paham kenapa aku boleh terlelap seketika tatkala teater sedang dipentaskan.mungkin aku penat?mungkin aku mengantuk?mungkin cerita bosan?

Aku gagahkan mata aku untuk buka luas agar aku dapat menikmati setiap detik peristiwa yang berlaku.sememangnya cerita ini memang best.kita dapat pelbagai pengajaran berdasarkan peristiwa NATRAH ini.tapi zaman sekarang ini,kita tidak akan lagi Nampak akan peristiwa ini akan wujud lagi.Props dan tatarias memang 5star.pelakon memang best.cara pengolahan cerita yang disuntik oleh Erma Fatimah sememangnya ringan dan mudah untuk kita faham.Tahniah kepada Crew Produksi Teater Natrah ini.

kay,yuyun,yaya,aku,fify n bob

Selepas menonton teater,aku terpaksa berpisah dengan rakan-rakan.agak sedih.kalau ada bad n rani aku rasa lagi best.yang pasti,aku dapat menghidu bau semacam dari SENANDIKA.tetapi aku tidak tahu.mengapa aku tidak ketahui?aku bukan SENANDIKA lagi ke?

bob,yuyun,ahred n fify

Lepas diorang gerak balik UMP,aku,yaya,bob,K,Eqa n Lelo pergi makan kat Kg. Baru.Lepas tu aku ke Gombak menghantar Yaya pulang ke UIA.saat ini aku tidak boleh tahan.aku seperti tidak tahu nak kata apa.Cuma yang aku rasa,aku sedih tinggalkan Yaya,Senandika dan aku rasa penat dan mahu tidur.

Aku terus memecut laju menuju ke apartment aku dan sampai terus tidur.

carey island

Salam kepada pembaca sekalian,

Seperti yang aku plan,last weekend aku ke pulau carey untuk tidur semalam disana.ADakah anda tahu apa tujuan utama aku kesana?itu adalah rahsia.hanya insane-insan tertentu sahaja yang tahu.

Kat mana Pulau Carey tu?

Best ke kat sana?

Itu antara soalan yang ditujukan oleh rakan-rakan ku.Untuk pengetahuan korang,Pulau Carey ini adalah sebuah pulau di banting dan disinilah terletaknya Plantation Sime Darby yang paling besar.

Boleh dikirakan,seluruh pulau ini adalah kepunyaan Sime Darby.

Ok.aku nak bercerita tentang perjalanan aku ke sana.

Hari Sabtu,seperti biasa aku kerja separuh hari.Tepat jam 1pm,aku terus menuju ke kereta dan bergerak menuju ke Pulau Carey.Aku seperti tidak sabar sampai kesana,seperti ada yang menuggu aku disana.

Dalam jam 2lebih,aku tiba disana dan sememangnya ada orang yang sedang menunggu aku dengan tidak mandinya lagi.isk..tak senonoh betul.Ya,itu adalah teman hidup aku iaitu Fadia Edna Farahin.Aku tahu dia memang seperti itu.Perangai dia memang pengotor.Tapi aku tak kesah pun kerana aku tahu hatinya.

Aku kesini adalah untuk berjumpa dengan Yaya di rumah Papa dan Mama dia iaitu atuk dan nenek dia.Keesokkan harinya,mereka akan berpidah rumah ke East Estate dari West Estate.So,aku mahu tidur semalam disini dan mahu merasakn kehidupan di Estate.

Dalam pukul 3ptg,aku,yaya,piqi dan aqil iaitu adik yaya ke kolam renang untuk swimming.Yeah,itu yang aku nantikan sebenarnya kerana aku sudah lama tidak pergi swimming.Kami swimming sampai pukul 5.Memang best beb.Aku rasa swimming itu kami yang punya..haha

model

aqil (yaya's bro)

Selepas kepenatan dan kelaparan,kami balik kerumah dan menikmati makanan kerana kelaparan yang terlampau sambil menonton tv.Aku seperti pergi bercuti selama 1 hari 1 malam.Pada malamnya,akak Yaya iaitu Farra sampai.Sebenarnya Farra ni customer aku.hihi..nanti aku cerita kisah kami.

Kami ke pecan Telok Panglima Garang untuk ke KFC.dalam pukul 10 lebih,kami pulang ke rumah dan uncle mengajak berkaraoke.Umpama mahu celebrate perpindahan Mama,Papa Ajin n uncle ke rumah baru mereka.Memang seronok.Yaya yang mempunyai Guitar dan Drum telah menyumbangkan lagu yang agak sumbang sedikit.hihi..aku pun tidak mahu melepaskan peluang menyumbangkan suara.Lagi sekali,kami rasakan karaoke itu kami yang punya.

Balik dari karaoke,dalam pukul 1lbey,aku piqi n yaya lepak-lepak didepan tv,menonton perlawanan bola sepak yang berkesudahan Chelsea tumpas ditangan Man City.Kemudian,kami melayan cerita-cerita yang ada di tv.aku seperti tidak boleh tidur.Last-last,aku tidur dalam pukul 5pagi.Isk…

Hari ahad,masa untuk memindah barang kerumah baru.Hanya sedikit-sedikit sahaja yang belum kemas.Yang bestnya,pekerja-pekerja Ajin angkat semua barnag,kami hanya member arahan sahaja.

sime darby engineer with farra

Aku bangun agak awal juga,dalam pukul 8.dalam pukul 11lebey,kami ke rumah baru itu untuk melihat rumah itu seterusnya mengemas barang yang baru masuk.Aku agak suka dengan rumah baru itu.Selesa dan kawasan yang menarik.Cuma tiada banyak kemudahan seperti di rumah lama seperti padang golf,swimming pool,karaoke dan sebagainya.Disini hanya ada padang bola sepak.Bolehlah Yaya bermain disini selepas ini.

mengenang dunia

Dalam pukul 3ptg,kami pergi makan direstoran Cina berdekatan dengan jambatan Pulau Carey.Aku sudah lama tidak makan dikedai Cina.Memang sedap,tapi perut aku sememangnya perlu pedas untuk makanan.

farra,mate,mama n aqil

Kemudian,aku dan yaya gerak balik ke Shah Alam utnuk mengambil bob untuk ke Istana Budaya menonton Teater Natrah.

with my honey

Cerita kemudian aku sambung.

Friday, December 4, 2009

Maria Huberdina Hertogh @ Natrah

Post kali ini adalah untuk berkongsi dengan anda semua tentang NATRAH.

Post ini juga adalah bertujuan untuk rujukan sebelum anda pergi menonton teater Natrah di Istana Budaya.Masyarakat muda hari ini sememangnya tidak tahu akan kewujudan wanita ini kerana tiada berita yang tergempar dalam masa terdekat ini selain kematiannya.Natrah ini hanya kita ketahui apabila beliau sudah meninggal dunia,tetapi perjalanan hidup dia kita tidak ketahui.Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua perjalanan hidup Natrah sejak dia dilahirkan.

  • 24 Mac 1937 Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
  • Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
  • Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
  • 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
  • 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
  • September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
  • 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
  • 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
  • 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
  • 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
  • 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
  • 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
  • 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
  • 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.
  • 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
  • Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
  • 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
  • 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
  • 13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
  • Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
  • 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
  • Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
  • Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
  • 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
  • 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
  • 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
  • Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.
  • 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
  • 20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
  • 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
  • 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
  • 20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
  • 15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
  • 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
  • 3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
  • 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
  • 16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
  • 26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
  • 1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
  • Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
  • 1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
  • 1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
  • 15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga... Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
  • Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.[perlu rujukan]
  • Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.
  • 9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.

penangan nur kasih


masyarakat malaysia yang meminati drama bersiri baru sahaja dilanda TSUNAMI yang agak dasyat.
kita semua mesti tahu akan cerita itu.
kalau bukan NUR KASIH apa lagi kan.

ok.sebenarnya aku bukan berminat sangat pun cerita melayu.bukan tak nak sokong tapi dah jadi adat.bila dikutuk dan dicemuh,mereka akan bengang dan cakap bukan-bukan..kita sebagai penonton bagi pandangan tidak salah asalkan industri seni negara kita terus maju.apa salahnya ambil panduan dan contoh cerita dari luar negara atau sebagainya.

mula-mula aku tengok cerita NUR KASIH ni aku seperti sudah tertarik dengan drama melayu.Serius,aku sudah lama meniggalkan drama melayu.Mula-mula aku tengok sudah ditengah jalan cerita.Aku pun mencari kembali episod yang aku tertinggal.so,aku pun start dari episod 1 sehingga yang terkini.

beza sungguh cerita ini.pengarah cerita ini adalah Kabir Bhatia.tidak asing lagi beliau didalam industri seni negara kita ini.saya rasa bangga kerana ada juga pengarah di negara ini dapat mengarahkan cerita sedemikian.

memang cerita melayu tidak akan lari dari percintaan.tapi kali ini,percintaan yang betul-betul dengan cabaran dan berkaitan dengan agama kita sebagai muslimin dan muslimat.
macam-macam moral value yang boleh kita perolehi dari cerita ini.
kita juga boleh membuat contoh tauladan dan panduan hidup dimasa hadapan kelak.
memang diluar jangkaan saya bahawa cerita melayu boleh sampai ke tahap ini.memang menakjubkan.tahniah kepada produksi drama bersiri Nur Kasih ini.

saya sebenarnya berminat dengan cara pengolahan cerita yang dibuat oleh pengarah terkenal ini.jaln cerita ini sederhana ringan jika nak dibandingkan dengan cerita melayu lain.selain itu juga,cerita ini juga senang untuk difahami dan menjadikan rujukan dalam hidup kita.
tidak lari dari kehidupan kita yang sebenarnya.

watak-watak didalam cerita ini juga memberi impak yang maksimum pada setiap adegan.setiap watak ini diwujudkan juga ada tujuan dan sememangnya bukan sahaja watak kosong yang tidak diperlukan langsung.

watak aidil dan adam sememangnya hidup.tahniah kepada anda kerana dapat membawa watak ini dengan sebaiknya.watak untuk nur memang tidak salah pengarah memilih anda kerana anda sememangnya layak untuk watak ini.watak sarah juga tidak kurang hebat kerana dia yang memainkan peranan penting dalam jalan cerita ini.
tahniah kepada para pelakon yang lain juga kerana telah berjaya membawa watak ini dengan berjaya.

walaupun kehidupan sebenar para pelakon ini semua berbeza dengan watak yang dilakonkan,tidak ada sedikit pun yang nampak seperti tidak kena atau tidak selesa.sememangnya para pelakon berjaya memainkan watak yang telah diamanatkan oleh anda semua dan juga berjaya menjiwai watak tersebut.tahniah sekali lagi saya ucapkan.

selain itu,cara pergambaran dan angle shoot memainkan peranan.
serius saya cakap yang pengarah ini membawa kita kepada lain dari yang lain.
tahniah.saya suka akan car pengambilan video dalam cerita ini.
bagi saya,drama ini layak untuk dibuat filem.

semoga industri seni negara ini terus maju kehadapan.

Thursday, December 3, 2009

stress

aku rasa seperti lama sudah tidak post blog baru.
padahal setiap hari kot aku post..hihi
sebenarnya sekarang ni aku sedang bz tapi aku wat-wat tak bz.

biaselah,hujung-hujung tahun.
semua company nak tutup akaun dah tengah bulan kang.
so,ramailah customer nak benda n nak urgent plak tu.
pening kepala otak aku ni.huhu
sekarang ni baru terasa hidup ini hanya untuk kerja semata.

tapi aku cuba kurangkan coz aku tidak mahu stress.
coz bila aku stress,aku akan datang migraine..lagi lah susah..huhu
walau aku sibuk camne sekalipun,alhamdulillah,kewajipan yang diwajibkan terhadap aku sebagai umat Islam aku lunaskan.
cuma dis week aku selalu bangun lambat.subuh pun kdng2 termiss n subuh gajah..
apa nak jadi ngan aku ni?
Ya ALLAH...

serius,bila aku tidak tunaikan kewajipan itu,aku seperti tidak selesa dan macam-macam yang datang,syukur,bila aku laksanakan,semua menjadi seperti smooth jerk.
Syukur.

This week gak every morning hujan jerk.Hujan dikala waktu pagi melemahkan kita untuk membuat kerja apatah lagi pergi kerja.
Tapi aku melawannya juga kerana aku tahu ini tanggungjawab aku sebagai umat didunia ini untuk mencari rezeki didunia.

Aku harap,apa yang aku lakukan ini akan mendapat balasan yang setimpal.

Dan kepada yaya,b mintak maaf if kadang-kadang seperti tidak pandai melayan honey.B mintak maaf.hopefully hubungan kita kekal seperti ini sampai bila-bila.
Fiq sayang yaya seperti yaya sayang fiq.

perfume terbaru


salam kepada pembaca semua.

post kali ini saya ingin memperkenalkan blog baru saya iaitu berkenaan dengan perfume.


dimana saya sendiri yang menjual perfume tersebut.


sekiranya tahu maklumat lanjut,just klik
disini

perfume ini baru sahaja masuk pasaran dan dinamakan
De Qestina.

Untuk matlumat lanjut,sila hubungi saya.


syafiq adnan


013-7189752

Tuesday, December 1, 2009

Carey Island


Semalam,aku masuk office pukul 9 – 12.30pm jerk.lepas tu aku kuo gi jumpa customer kat PJ and kat Port Klang.

Semalam juga Yaya balik Pulau Carey,rumah Papa n Mama dia iaitu atuk n nenek dia.

Aku seperti mahu berjumpa dengan dia disana dan mahu merasa hidup disana coz aku tak pernah gi Pulau Carey.Yang aku tahu hanya itu tempat Sime Darby Plantation.

Actually,rumah papa n mama memang dalam Plantation tu.memang best r.Aku lepak kat situ dari petang sampai malam.Agak jauh jugaklah gi rumah tu if dari pintu utama.dalam 16km gak kalau tak silap aku.

Mula-mula aku plan balik lepas maghrib,but then,yaya,aqil,piki n uncle dia ajak layan karaoke kat club.

So,aku pantang bab-bab karaoke ni..hihi..so,lepas maghrib n makan,kami pergi ke club tu.So,memekak lah kami semua..memang puas ati sey.

Sayang,nanti rumah kita mesti ada karaoke eh.

Then,dalam 11.30 aku gerak balik.Agak seram gaklah balik sorang-sorang n jalan memang gelap.1st time terus balik malam-malam..huhu

Tiba dirumah,aku lepak-lepak jap.Terus tidur.

Blog Widget by LinkWithin