Friday, November 16, 2012
Assalamualaikum...
Mungkin ini kali terakhir aku membuka blog aku ini dan mungkin juga tidak, moga dipanjangkan umur.
Mungkin sudah banyak liku-liku yang telah aku tempuhi membuat aku semakin banyak berfikir dan berdiam keseorangan, namun aku tetap gagah berdiri disamping keluarga tercinta.
Semoga Hijrah ini seiring dengan penghijrahan aku yang hanya seorang insan yang miskin dengan ilmu agama.
Dengan harapan penghijrahan aku ini akan berkekalan dan semakin bertambah baik dari semasa ke semasa.
Moga kita sebagai muslimin dan muslimat sekalian mendapat hidayah dariNYa dan sama-sama kita berhijrah.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Wasalam
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)