Thursday, September 13, 2012
Assalamualaikum,
Sudah lama aku menyepi dengan dunia blog ini.
Sebenarnya aku nak update since last week but tiada masa untuk aku menaip.
Tanggal 3 September 2012 bersamaan 16 Syawal 1433M, jam 3.40petang aku telah kehilangan seorang insan yang aku sayangi iaitu atuk aku.
Arwah seorang yang tegas dan ringkas. Dia membesarkan aku semenjak kami sekeluarga berpindah ke Johor dari Terengganu. Semasa arwah masih sihat, pantang dengar anak cucunya tidak sihat, lantas dia akan pergi menjenguk walaupun jauh.
Ketika aku duduk di Terengganu dahulu, arwah lah yang membelikan basikal untukku. Sewaktu itu aku rasa umur aku baru 2-3 tahun. Ketika aku duduk bersamanya di Rengit, arwah selalu ambil aku waktu balik sekolah sekiranya mak aku ada mesyuarat atau balik lambat. Arwah memang seorang yang ambil berat akan anak cucunya dan saudara mara.
Arwah seorang cikgu dan boleh dikatakan ramai mengenali beliau. Arwah bukan jenis yang boleh duduk diam. Sewaktu aku sekolah dahulu selalu dia ke kebun menanam ubi dan sayur-sayur. Waktu itu aku amat teruja kerana merasa suasana kampung walaupun kami duduk dikawasan pekan. Arwah bukan seorang yang pelokek untuk menghulur duit. Sekiranya sesiapa rajin menolongnya, Insya Allah akan mendapat habuan upah darinya.
Arwah juga menguruskan surau disebalah rumah kami. Selain itu arwah juga menguruskan sekiranya ada jenazah yang akan dikebumikan di tanah wakaf sebelah surau. Arwah seorang yang teliti dalam membuat perancangan. Arwah akan membuat catatan dahulu sebelum membuat sesuatu.
Aku selalu rajin menolong arwah untuk membuat keranda, membersihkan kawasan surau dan etc sewaktu arwah masih sihat dahulu.
Semenjak arwah ada telefon sendiri dulu, dia awal2 pagi akan call anak cucunya untuk bangun subuh. Kalau tahu anak cucunya nak balik, setiap 30minit dia akan call tanya dimana dan pukul berapa akan sampai. Walaupun kadang-kadang rasa rimas, tapi bila fikir balik kami akan rindu panggilan dari arwah.
Sekarang, semua itu hanya tinggal kenangan.
Arwah mula-mula sakit seminggu sebelum Ramadhan lepas. Mak dan mak cik aku bawa dia ke hospital untuk cek kakinya. Doktor cakap kena ulat air dan dikehendaki buat minor operation. Kami berharap ianya akan sembuh sepenuhnya selepas itu. Sangkaan kami meleset apabila seminggu tidak baik-baik tempat dibedah itu. Mak cik aku bawa ke klinik pakar kulit. Diberi ubatnya. Selang beberapa hari selepas itu, kami bercadang untuk membuat pemeriksaan di hospital pakar johor pula. Doktor mengesahkan saluran darah dari perut ke lutut atuk aku tidak berfungsi dengan betul. Doktor memberi kami pilihan, namun kami semua fikir atuk sudah uzur, tidak elok untuk melakukan apa-apa. Hidup atuk bergantung kepada ubat sahaja dan perlu cuci kakinya setiap hari.
Bermula dari awal Ramadhan, setiap minggu aku akan pulang ke Johor untuk menjenguk atukku. Sabtu dan Ahad aku akan jaganya. Seminggu sebelum raya sudah lain keadaan atuk. Dia tidak mampu untuk keluar dan hanya mampu baring dan duduk dikatilnya. Kami membelikannya tandas duduk agar senang dia membuang air. Satu malam, aku jaga bersama pak cik aku bergilir. Memang aku menjadi penyabar ketika itu. Menjaga orang tua ini perlu kesabaran. Alhamdulillah aku dapat melakukan dengan baik. Kalau Cik Man dan acik aku xde, aku sahaja yang berani untuk cuci kakinya. mak cik dan pak cik aku yang lain tidak berani. Walaupun aku mula-mula takut, tapi aku beranikan diri untuk mencuci.
Hari raya kami amat suram kerana orang yang tersayang hanya mampu duduk diatas katil sahaja. Saudara mara datang menziarah tidak putus-putus. Raya kedua malam aku bercadang untuk balik ke besut, kampung sebelah abah aku. family aku yang lain gerak raya ke 3 pagi. aku gerak sorang malam itu kerana aku cadang untuk terus pulang ke kl. kami mendapat sms dari acik yang atuk panggil anak cucu dan memberi nasihat pada malam itu, lantas pagi raya ke 4 kami berpatah balik ke johor.
Alhamdulillah, kami selamat sampai kembali ke johor. Aku terasa lain dengan atuk aku. telinga dia sudah jatuh dan anak matanya amat lain. atuk seperti suka kami pulang kembali. dia tidak mahu orang tinggalkan dia sorang2 didalam bilik. kami semua bergilir2 utk menemankan atuk didalam bilik. turn aku selalu kalau dia nak ke tandas, cuci kaki dan bgun n baringkan dia.
Seminggu selepas raya, aku pulang kembali ke kampung untuk menziarahi atuk dan dalam hatiku waktu itu kuat mengatakan minggu hadapan. aku balik hari khamis malam jumaat kebetulan cuti merdeka. Dugaan demi dugaan aku alami sewaktu itu. Aku sampai dirumah, atuk tidak tidur lagi dan keluarga sebelah abah dalam perjalanan datang dari besut untuk menziarahi atuk. malam itu aku tidak tidur menjaga atuk. setiap 5minit dia akan minta angkat ke tandas. memang amat besar dugaan untuk menjaga orang tua namun aku dapat belajar erti kesabaran. aku menjaga sampai ke siang, selepas jumaat baru aku dapat melelapkan mata dan berehat.
Sabtu malam ahad, atuk memanggil anak cucu untuk membaca yasin. selepas itu dia memberi pesanan dan nasihat untuk anak cucunya, kami amat gelisah ketika itu, namun aku redha akan apa yang terjadi.
Hari ahad aku mahu pulang selepas zohor, namun hatiku amat berat. setelah keluar kedalam, aku keluar rumah selepas asar. aku bersalam dan cium pipi atukku dan terasa amat lain.
Aku sampai di shah alam dalam 11.50 malam, mak aku call cakap atuk nazak. aku baru angkut barang dari kereta ke rumah. lantas aku call cousin aku di puncak perdana untuk siap2 dan aku masuk balik barang2 dalam kereta. sedang aku baru nak memasukkan gear, mak aku call cakap atuk dah ok kembali dan nasihatkan aku agar berehat dahulu dirumah tunggu selepas subuh kalau ada apa2.
Selepas subuh mak aku cakap atuk ok. aku pergi kerja seperti biasa dalam keadaan berat hati. Whatsapp aku pun sunyi je pagi tu sampai tengahari. tiba2 mak ngah aku call suruh amek cousin aku balik cepat. lantas aku keluar dari tv alhijrah menuju ke puncak perdana dalam masa kurang 10minit.
sampai aku dipuncak perdana adik aku call cakap atuk dah xde. aku terus menggigil. aku ambl cousin aku terus menuju ke johor. singgah di rnr seremban untuk mengisi minyak. dalam masa 45min aku sampai di ayer keroh dari puncak perdana. aku singgah melaka untuk pickup mok su aku, stuck dalam melaka je dekat 1 jam suku. tepat 6.00ptg aku gerak dr ayer keroh terus menuju ke kampung.
time tu aku xfikir dengan saman or polis or what so ever, yang aku tahu aku nak solatkan atuk aku dan cium did buat kali terakhir. aku sampai di ayer itam 6.20ptg , mak cik aku cakap jenazah dah nak dibawa ke kubur. aku cuba memecut sehabis boleh. aku minta untuk menunggu aku tapi hajat aku tidak kesampaian, aku sampai jenazah selamat dikimbus tanah.
aku hanya sempat dengar talkin. apa yang aku boleh buat membacakan yasin dan sedekahkan al-fatihah kepada arwah. moga arwah ditempatkan orang yang beriman dan di syurgamu Ya Allah.
Jasa arwah tidak akan kulupa dan tidak terbalas.
Labels: family