Wednesday, January 6, 2010

Terima kasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sorry sebab semalam aku tidak berkesempatan untuk menulis blog.Semalam adalah hari sibuk aku dan hari ini hari paling sibuk aku pada minggu ini.Aku harap,esok dan lusa tidak sibuk sangat.

Ok,kali ni aku mahu cerita tentang rancangan masa hadapan aku.Seperti yang aku rancangkan,aku sudah Nampak ianya akan berlaku tidak lama lagi.Aku harap ini semua menjadi.

Semalam aku sms abah aku menyuarakan hasrat aku mahu berhenti kerja dan mahu pergi kursus usahawan yang bakal aku ikuti dibawah PUNB.aku bercadang mahu resign akhir bulan ini atau akhir bulan depan.Itu bergantung kepada struktur kewangan aku.aku harp tiada masalah.Aku Cuma mahu tunggu boss aku balik dari UK.dia balik je aku akan bagi surat resign.apa yang dia nak cakap lah.aku tak kisah.asal apa yang aku mahukan dan impikan akan aku capai.sampai bila aku mahu macam ini tanpa ada tindakan.

Ok,semalam abah aku bagitau yang dia benarkan aku masuk kursus itu.Aku cakap aku nak buka kedai Photostat untuk permulaan.Kemudian,aku akan menambahkan lagi perkhidmatan seperti advertising and apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya.Abah pun setuju.Aku terasa amat gembira bila abah sudah benarkan aku memulakan ini.aku tahu aku akan balik kebawah.itu tidak menjadi masalah,aku harap,orang disekeliling aku sentiasa member sokongan dari belakang,depan,tepi kiri kanan,atas dan bawah.aku yakin aku boleh lalui ini semua aku Cuma mahukan dorongan sahaja.aku takut aku tidak kuat semangat.

Alhamdulillah,apa yang aku mahu lakukan ini,telah mendapat restu dari keluarga dan rakan-rakan.terima kasih sangat-sangat.aku amat menghargai ini semua.

Semalam,aku contact kawan aku.dia baru sahaja tamat pengajian dalam bidang printing.dia tidak sambung berlajar dan dia berhasrat mahu buat bisness.ini sudah baik.selepas ini,aku mahu berbincang dengan dia tentang perkara ini.dia ada skills dan aku ada pengurusan.combain kedua-duanya,insya allah bisness boleh dijalankan.

Esok,rakan aku datang dari Kelantan.mahu juga joint aku ikuti kursus itu.Aku harap,kamis sama-sama akan berbisness.kami akan berjumpa dengan rakan aku di Putrajaya dan akan berbincang tentang ini semua.so,minggu ni aku akan sibuk dengan perancangan ini semua.

Aku harap,dengan niat aku mahu memajukan diri,agama dan bangsa aku ini.Aku dapat pertolongan dari ALLAH SWT.

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails