Friday, January 8, 2010

ALLAH tuhan kita

Assalamualaikum dan salam keharmonian kepada semua.

Sekarang ini,dimana-mana sahaja kita dengar dengan tuhan kita iaitu ALLAH.

Apa yang kita paham tentang ini semua?mungkin orang yang prihatin dan sayangkan agama dan tuhannya sahaja yang akan tahu akan perkara ini.Mula-mula aku terdengar di tv.aku amat terkejut berkenaan tuntutan pihak Kristian terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka. (Rujuk The Sun,Ruangan Herald The Catholic Weekly ) dan seperti yang kita ketahui,mahkamah tiggi Kuala Lumpur telah membenarkan Herald-The Catholic Weekly untuk menggunakan perkataan 'ALLAH'.

Siapa hakim mahkamah tinggi yang membenarkan penggunaan perkataan 'ALLAH' ini?

Aku amat terkilan dan terperanjat kerana hakim itu adalah Datuk Law Bee Lan iaitu orang yang berpegang teguh terhadap agama Kristian.Sememangnya tidak masuk akal.Bagaimana pemimpin-pemimpin Negara kita menangani masalah ini?

Kenapa orang KAFIR yang menjadi hakim untuk KES ini?

Apa yang aku nampak sekarang ini,mereka seperti pengecut kerana tidak berani bersuara dan bertindak.Kenapa ini terjadi?mungkin kerana sumber kewangan mereka adalah datang dari agama Kristian ini?atau mereka takut jawatan mereka akan dipecat?

Pada hari ini kita dikejutkan dengan 3 gereja dibakar.Gereja tersebut iaitu Gereja Metro Taber Nacre A/G Catholic di Taman Melawati, pada jam 12 tengah malam, disusuli Gereja Assumption Assunta, Petaling Jaya (jam 4 pagi) dan Gereja Chappel, Damansara (jam 8 pagi).

Kenapa pemimpin-pemimpin Negara ini tidak berani untuk bertindak sekrang ini?Mengapa mereka marah akan kaumnya sendiri?mengapa mereka menyalahkan kaumnya sendiri?

Aku takut suatu hari nanti,masjid dan surau umat ISLAM pula yang akan dibakar dan dibom pula.Aku amat sedih akan kejadian ini.

Disini aku dapat rasakan,inilah salah satu tanda-tanda hari KIAMAT.Perbalahan umat ISLAM dengan orang KAFIR bakal berlaku tidak lama lagi.

Besedialah kita untuk lalui semua ini.

Aku harap,kita dapat mendekatkan diri dengan ALLAH S.W.T.

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails