Tuesday, December 8, 2009

segala dugannya

Salam sejahtera semua pembaca sekalian,

Seperti yang kita ketahui,hidup kita ini penuh dengan pancaroba dan cabaran yang perlu kita lalui sekarang ini.mengapa ini semua terjadi?kita tidak patut salahkan takdir kerana itu semua sudah termaktub dalam buku kehidupan kita sehingga nafas terakhir kita.

Kita perlu lawan takdir itu sekiranya kita tidak mahu.tapi kita tidak tahu bagaimana caranya.kita cuba yang terbaik,moga segala kesusahan dapat kita elakkan dan segala urusan kita dapat diselesaikan dengan mudah.

Aku tahu aku bukan insan yang sempurna.aku insane yang lemah,tetapi aku mahu untuk menjadi insan yang berguna dan contoh kepada orang lain.aku tahu semua orang pandang rendah terhadap aku.aku tidak kisah.aku terima dengan hati yang redha.malah aku berdoa agar aku semakin baik dari sebelum ini.

Aku tahu kau marah terhadap diriku ini.aku akur dengan percakapan yang telah aku lontarkan.sebenarnya aku tidak mempunyai niat yang serius,aku cuma mahu bergurau senda pada asal niatku.tetapi tiba-tiba kita berada di situasi yang serius,aku tidak sangka ini akan menjadi serius.aku akur semua kesilapan ini.aku harap kau maafkan aku.

Aku terima kau seadanya.aku tidak pernah sedetik pun malu dengan diri kau.malah aku bangga dengan diri kau.aku mahu hidup kita menjadi sempurna.aku sudah cuba menjadi yang terbaik.tetapi aku rasa kali ini aku gagal.aku akur.aku tahu aku perlukan usaha lagi untuk mejadi lebih sempurna.aku sayang kau sangat-sangat.aku tidak pernah sedetik pun mahu mempermainkan diri kau.aku serius dengan kau.malah aku rasa kalau kau tiada,aku akan rasa amat tidak selesa.aku tahu kau memahami diri aku ini.dan aku juga dapat memahami dirimu sayang.

Ingat,ini hanya ujian kecil yang kita terima.kita belum jumpa ujian yang lebih besar yang akan kita hadapi.moga kita dapat hadapi ini semua dengan tenang dan bersama-sama.

Aku sayang hanya kau seorang.tiada orang lain.

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails