Tuesday, December 22, 2009

Risiko

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Hari ini aku mendapat semangat lagi untuk melakukan bisness.Aku harap,api yang sedang membara dalam hatiku ini tidak akan malap dan padam.Aku akan usahakan untuk berjaya.

Sekarang ini aku akn ubah sikit hidup aku.Bukan ubah apa.Cuma mahu Nampak lebih matang dan Nampak seperti seorang yang mempunyai wawasan.

Ya,memang itu yang aku inginkan Cuma aku tidak tahu bagaimana mahu mulakannya.Sekrang aku sudah bersedia dan aku akan lakukan ini semua.Aku akan perlajari perlahan-lahan dan aku tidak mahu bertindak secara melulu.

Prinsip aku sekarang ini dia 'biar kita tidak pandai tapi jangan terlalu berani ambil risiko'.Kalau kita tidak pandai,kita boleh melatih diri kita dan tuntut ilmu dari orang lain.Tapi jangan terlalu ambil risiko.Ta,memang usahawan perlu berani ambil risiko.tetapi jangan ambil risiko melampaui dari kemampuan diri sendiri.buruk padahnya nanti.

Aku akan cuba untuk mengurangkan kesilapan diri aku.Aku harap anda semua dapat membantu dan memberi aku sedikit komen.Aku tidak kisah kalau ada orang tegur sekiranya aku memang buat silap.biasalah,manusia semua ada yang silapnya.

Moga hari esok mendapat sinar baru dan mendapat hidayah dari ALLAH SWT

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails