Monday, December 21, 2009

Jelous dengan mereka

Assalamualaikum dan salam mulia sekalian.

Hari ini aku baru sahaja naik bekerja selepas 5hari bercuti.

Aku tak nak cerita tentang cuti aku dulu.

Tapi aku mahu cerita tentang apa yang aku fikir sekarang ini.

Pasal cuti aku tu nanti dulu.


Sebenarnya dari dulu lagi aku sudah terfikir benda ini dan aku mahu lakukannya.Cuma aku tak ada pengalaman dalam bidang ini.So,sekarang aku rasa aku dah boleh buat benda itu cuma aku perlukan pertolongan dan sokongan dari ahli keluarga dulu.

Bisnes,itu langkah seterusnya aku.

Dunia hari ini,tidak ada orang yang kerja makan gaji akan kaya.Bisnes lah buat orang akan kaya.

Bagi aku,wang adalah segalanya,kalau tiada wang,kita tidak akan dapat kebagaiaan dan keselesaan.Aku cuba untuk merubah nasib aku dan keluarga.Ya,background keluarga sebelah abah aku semua buat bisnes.

Abah aku sendiri kerja polis tetapi memang buat bisness untuk menampung 2 keluarga yang dia ada.

Pak cik aku,buat bisnes beras.Ya,memang dia sudah hamper jadi jutawan.

Pak cik aku lagi,dia buat bisnes air gas.Alhamdulillah sudah berjaya.

Mak cik aku,buat bisnes.Sudah boleh shoping setiap hari.

Tidak ada seorang pun adik beradik abah aku yang tidak buat bisnes.

Aku syukur sangat dapat keluarga seperti ini.

Jelous sungguh aku dengan mereka ini.Walaupun mereka ini tidak berlajar dalam bidang bisness,tapi mereka berjaya.

Kenapa aku tidak akan berjaya?

Aku apsti aku akan berjaya.

Tipu kalau dalam bisnes ni tidak ada untung ruginya.Aku sudah tekad,sekarnag ini,aku mahu mengumpul duit untuk backup dan modal aku.Atleast aku ada duit untuk tamping hidup aku selama 3bulan awal.

Aku cuba untuk merangcang hidup aku selepas ini.Biar sakit sekarang.jangan sakit kemudian hari.

Aku pasti.

Aku akan berjaya

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails