Monday, December 14, 2009

bola kita

assalamualaikum dan salah sejahtera kepada pembaca sekalian.

moga hari ini lebih cerah dari semalam dan moga hari esok lebih cerah dari hari ini.

seperti yang kita tahu hari ini,sejarah bola sepak negara ini telah mencipta sejarah terbaru iaitu pasukan bola sepak Malaysia telah berjaya masuk ke perlawanan akhir Sukan Sea di Laos.Sejak malam tadi dan bangun tidur waktu pagi sudah dengar berita kegembiraan warga Malaysia di radio dan tv kerana merayakan pasukan bola sepak kita.

Apa yang pasti,pasukan bola sepak kita sudah genggam pingat PERAK.Cuma perlawanan akhir ini menentukan sama ada layak pulang dengan pingat EMAS atau tidak.Apa yang rakyat Malaysia mahukan adalah yang terbaik dan moga pulang dengan pingat EMAS.
Aku bukan mahu merendahkan pasukan kita,tetapi sukar untuk kita yakini.Pada pandangan aku,pasukan Malaysia tidak boleh dimanjakan dan tidak boleh mengangkat TINGGI kerana mereka akan terlupa diri.Apa yang pasti,aku harap pasukan kita dapat bawa pulang pingat EMAS.

Cuma,sekiranya kita dapat pulang dengan pingat EMAS,tolong jangan manjakan dan beri imbuhan yang terlalu banyak kerana aku takut hanya kali ini sahaja mereka akan berjaya.Lepas ini mereka akan lingkop pula.Kalau boleh,prestasi bola sepak dinegara ini dapat dikekalkan sampai bila-bila.

Secara jujur,memang aku tidak suka akan bola sepak Malaysia.Corak permainan seperti kanak-kanak bermain dikawasan kampong dan tidak memakai kasut bola.tapi kali ini,aku Nampak ada perubahan yang ketara di Sukan Sea.Tahniah aku ucapkan.Dan aku juga ngaku yang aku tidak kenal sesiapa pun pemain bola sepak kita yang bermain untuk ke Sukan Sea ini.Yang aku tahu ada 2orang kembar yang bermain Zaquan dan lagi sorang aku tidak ingat nama nya.sory bro tak ingat nama kau..jangan marah ye.

Aku harap,dengan kejayaan pasukan kita ke Akhir ini,mereka dapat motivasi dan tidak dipandang tinggi seperti pemain Negara lain.Aku tak nak pasukan kita terasa diri mereka begitu tinggi.
Orang kata,biar kita puji orang itu bila dia sudah berjaya.
So,aku akan puji dan bangga sekiranya pasukan kit adapt pingat EMAS..lagi sekali pingat EMAS

1 Comment:

  1. Sito Kebaboom said...
    zaquan adha & aidil zafuan

    tahniah malaysia..kemarau emas bola sepak sukan sea sejak 1989 berakhir..

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails