Wednesday, September 16, 2009

pulang kekampung halaman

aku akan pulang ke kampung halaman aku di Rengit,Batu Pahat.
aku akan menjadi Pilot dan Sito akan menjadi Co-Pilot.
Pesawat kami tiada penumpang kerana kami hanya boleh terima bagasi dan awek-aweks yang cun2 sahaja..tapi disebabkan aweks tak ada,maka hanya bagasi sahaja yang menjadi penumpang kami.

Pesawat kami bernombor pendaftaran JGD2294 bakal dijadualkan berlepas pada jam 12tengah malam ini atau 1pagi nanti.
Terdapat beberapa sebab pesawat ini berlepas pada waktu malam.
Pertamanya,aku kerja lagi pada ari ini.
Kedua,mahu rehat dulu sebelum berlepas.
Ketiga,mahu mengelakkan kesesakan laluan kami ke arah Selatan.
Keempat,mahu pergi Uptown dulu,ada benda mahu beli lagi.
Kelima,mahu lepak kat Bintang Side Walk sebelum pulang.
Keenam,mahu tunggu pok su aku dari Jitra,mau konvoi ke Selatan sama-sama.

Itu sahaja alasan aku.hihi
Maka,kepada sesiapa yang ternampak pesawat Iswara warna Brown Metallic bernombor pendaftaran JGD2294,tolonglah beri laluan agar anda tidak disilaukan dengan lampu.Anda juga akan sakit hati nanti.

Akhir sekali,doakan perjalanan kami selamat sampai.Insya Allah.

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails