Wednesday, September 17, 2008

kiTa tAhU @ oRg LaiN tAhU

Anda tak tahu apa yang orang lain tahu dan orang lain juga takkan tahu apa yang Anda tahu kesemuanya. Semua kita datang dari background yang berbeza, justeru pengetahuan juga berbeza.

Perkara terbaik yang perlu Anda lakukan adalah dengan berkongsi apa yang anda tahu. Lebih banyak yang Anda kongsikan apa yang Anda tahu, lebih banyak juga orang lain akan kongsikan apa yang mereka tahu dengan Anda. Jadi, ini mewujudkan situasi menang-menang.

Kesannya, masing-masing mempunyai peluang yang sama untuk jadi cemerlang dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan. Andai Anda bersikap takut orang lain akan mendahului Anda bila Anda berkongsi banyak yang anda tahu dengannya, itu adalah salah satu pemikiran negatif.
Allah maha adil, alam semesta juga maha adil. Bila Anda berubah sikap menjadi pemurah, alam semesta juga akan pemurah dengan Anda.

Kesannya, rezeki Anda mencurah-curah, kebahagiaan melimpah ruah dan orang lain senang bila berada bersama dengan Anda.

Buang sikap kedekut, selalu memikir perbelanjaan, takut habis duit mahupun rasa gusar sebab tak cukup duit. Duit akan datang sendiri bila Anda sanggup berkongsi apa yang Anda ada dan menggunakan sumber-sumber milik Anda untuk kesenangan orang lain terlebih dahulu.

Saya bercakap melalui pemerhatian saya pada sikap orang-orang yang berjaya. Mereka pemurah ilmu, maklumat dan pertolongan.

Lebih menghairankan, walaupun mereka banyak memberi serta banyak berkongsi, apa yang mereka ada tak pernah berkurang, bahkan makin bertambah!. Inilah yang dikatakan abundance..


Mulai hari ini, kongsikan apa yang Anda tahu, kerana secara automatik, orang lain akan memberitahu apa yang mereka tahu. Sanggupkah Anda berubah ke arah itu?
Moga kecemerlangan menjadi milik Anda.

2 Comments:

  1. Nyda Zamani said...
    perghhh!!
    sekali die bg ceramah motivasi daaa
    hehehe~
    btol tu
    kalau kite tak kedekut dgn org
    rezeki melimpah ruah Allah bagi
    tak caye
    ce try
    hehe~
    sYafiQ said...
    hehe...ne de crmh..
    cme diskusi jerk..haha

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails