Friday, March 21, 2008

KaWaN @ sAhAbAt


kawan,sahabat dan kekasih adalah berbeza..

KAWAN

kawan merangkumi semua manusia yg anda kenal..secara xlangsung nye anda semua mempunyai rmai kawan..bak kata pepatah aku,hidup kita rugi kalau tak mmpunyai rmai kawan dan xrasa nikmat hidup didunia ini.aku ni jenis yang suka rmai kawan..coz dari situ kita boleh kenal pelbagai ragam manusia n dari situ juga kita boleh kenal dunia.disitu lah kita boleh tahu apa yg salah dan apa yg betul.memangla kat dunia ini semua orang tidaklah baik dan perfect.tapi apa salahnya kalau kita berkawan dengan sesiapa pon?mereka yang jahat pon layak untuk berkawan.cuma kita kne pandailah menjaga batas pergaulan anda itu.janganlah anda mengikut pe yg terang2 salah.memang anda seorng yg bdh lah kalau anda melakukan bnde yg terang2 salah.dan disitu lah kita ley tau anda seorng yg professional or not.aku berpandukan apa yang telah Allah katakan dalam al-quran:

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian.

So,kita tidak boleh lari dari berkawan n menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.Maka,kita tidak mempunyai halangan untk brkawan dengan sesiapa sahaja.
kat bawah ni aku tunjukan jenis2 kawan yang ada dimuka bumi ini:
  • kawan yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • kawan hipokrit: ia menyatakan berkawant berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • kawan pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • kawan pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • kawan yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
so,kita kenalah pandai memilih kawan.memang xslah berkawan dngn sesiapa pon but berhati-hatilah.jgn sampai kawan tu merosakkan anda sendiri dan kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang.

SAHABAT

sahabat trdiri dari kawan-kawan anda sendiri.tetapi sahabat sukar untuk kita jumpa.Sahabat ni merupakan kawan atau orang yang paling rapat dengan kita.Ada juga menganggap ibu,ayah atau adik beradik mereka sahabat mereka.hal ini kerana dia lebih suka dan percaya terhadap anggota keluarga mereka.Kita mesti ingt,sahabat ini merupakan org yg pling kita percaya dan dia boleh terima diri kita seadanya.Bak kata pepatah aku,biar kita mempunyai rami kawan dari mempunyai sahabat yang sukar dipercayai.kita hendaklah mencari sahabat yng mempunyai ciri-ciri berikut bagi membolehkan anda mengenali sahabat anda itu ikhlas atau tidak.
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
aku rasa dah cukup terang apa yang aku cuba sampaikan dan terangkan kat korng yg xtau dan paham tentang kawan dan sahabat.aku harap kita tidak salah pilih sahabat kerana sahabat lah yg paling rapat ngn korng n dia saja yg boleh mempengaruhi pemikiran anda..

Sahabat adalah kawan dan kawan tak semestinya sahabat.Dalam seribu kawan sukar untuk mencari seorang yang bernama sahabat.Nabi tak cari pengikut,anak murid,pengaruh tapi nabi cari sahabat.

4 Comments:

  1. Anonymous said...
    huhu.. ni post pas dkecewakan ke ni?? hehe.. gurau2...
    c h o c o l a t e i.c.e said...
    apa beza kawan ngan sahabat bro..??
    can u explain briefly about it..
    sYafiQ said...
    kan aku dh terangkn sejelas2nya beb..ko nk aku ckp bhsa pe?
    Farani Mustafa said...
    Tak baik dow ko marah2 bob, ilang selera makan dia :D

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails