Monday, February 22, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama juga aku menyepi didalam blog aku ini.bukan kerana aku tidak mahu update,Cuma aku tidak mahu aktif seketika. Dari 13hb aritu aku berada di kampong aku,batu pahat sehingga semalam 21hb..agak lama aku di kampong.aku seperti tidak mahu kembali ke shah alam kerana tidak tahan akan kesibukan di kota metropolitan. Aku duduk di shah alam dan kerja di PJ,amat serabut bila mahu pergi dan pulang dari kerja.kesesakan memang tidak boleh lari.aku berada di batu pahat,aku amat selesa dan aman.lama juga aku dapat bersama dengan keluarga aku.dan dapat juga bertemu dengan rakan-rakan di kampong. Amat seronok berada di kawasan yang tiada kesesakan dan pencemaran yang tinggi ni.selesa dan aman rasa.ikutkan hati,aku tidak mahu pulang ke sini.tapi bila aku fikir balik,disini aku boleh bermain dengan duit. Di kota metropolitan ini,macam-macam kita boleh buat.hanya mahu atau tidak. Sedang aku seronok berada dirumah,aku dapat rasakan betapa seronoknya apabila duduk dirumah dan setiap hari dapat bermain dengan duit.amat seronok sekali.aku sudah ada caranya dan aku perlu bertindak. Kerja makan gaji memang terjamin lagi-lagi kerja kerajaan,tetapi sampai bila mahu berada di tampok yang lama?kenapa orang kaya sahaja boleh beli BMW.kenapa aku tidak boleh?sebab makan gaji.ya,memang betul.so,sekarang ini aku sudah ada jalan dan kalau boleh,aku tidak mahu aku seorang diri sahaja yang berjaya,aku mahu kaum aku sendiri berjaya juga. Aims aku sekarang adalah mendapatkan income every month at least RM100,000.00 pada usia 27tahun..Insya ALLAH
saya kat kl..if ckgu de kat kl ok gak..ley r cite2...