Monday, February 1, 2010

keserabutan

Assalamualaikum dan salam bulan baru sekalian.


Hari ini hari pertama dalam bulan Februari 2010.bulan ini agak singkat waktu nya.hanya 28 hari sahaja.

Semalam aku baru balik dari batu pahat,aku bersama-sama bad dan yaya pulang ke kota metropolitan ini.sungguh aku serabut sebenarnya.memang tidak dinafikan,para remaja suka untuk ke kota metropolitan.tapi bagi aku,aku tidak suka untuk mengharungi harianku dengan kesesakan,pencemaran dan sebagainya.orang kata,di kl ni,sudah padat yang amat penduduk nya.

Aku masih tidak pasti,mengapa ramai mahu datang kesini dan mahu bina hidup baru.bagi aku.lebih baik duduk dikawasan yang populasi penduduk yang amat rendah,itu lagi bagus.kita boleh cepat maju.di KL,kita memang cepat maju tetapi persaingan amat tinggi.

Inilah dikatakan kehidupan di kota metropolitan KL.

Walaupun aku sudah hampir 1tahun aku duduk disini,aku amat jarang keluar ke tempat-tempat yang agak ramai orang.aku rasa boleh kira guna jari sahaja berapa kali aku pergi.aku bukan manusia yang suka dengan kesibukan dan keserabutan orang ramai.

Tapi aku suka duduk di shah alam.tempat yang aman dan damai.ada tempat mahu berekriasi dihujung minggu dan tenangkan fikiran.

Aku sekarang cuba mencari tempat dimana aku boleh majukan dan kemajuan itu ada limit.aku tidak mahu seserabut di kota ini.

Cukuplah sekadar cukup kemudahan segalanya dan mempunyai penduduk tetapi tidak padat.

Dari situ,kita boleh majukan dan kita boleh buat bisnes.


Aku suka memerhati orang,tetapi aku tidak suka merempuh orang untuk sesuatu tempat

1 Comment:

  1. ini blog wirdah said...
    same la weh..aku pon tak suke g tmpt ramai2 org ni.sesak nafas!haha.
    tapi aku suke mengusha org.

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails