Wednesday, January 27, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku harap kehidupan aku akan berubah tidak lama lagi.Aku sudah tidak bermaya untuk hidup sebegini dengan mengharapkan kepada orang lain.Aku mahukan diri aku sendiri.Apa yang aku buat,itu aku mahukan.Dari A to Z,kalau boleh dari diri aku sendiri.Aku tidak mahu melibatkan orang lain. Sekarang ini aku rasa keliru dengan keputusan aku.Mungkin terlalu cepat dan aku tidak fikir panjang sebelum ini.Sekarang aku sudah sedar akan apa yang perlu aku lakukan.Aku tidak menyalahkan orang lain dan aku mengaku aku ini seorang yang degil.Apa yang aku katakan,itulah yang perlu aku dapatkan. Tidak dinafikan,apa yang aku katakana itu semua,telah menjadi kenyataan mahupun aku dapatkan hanya seketika mahupun kekal.yang pastinya,sekarang ini,aku mahukan kehidupan yang baru.kehidupan seorang yang mempunyai visi dan misi dirinya sendiri.aku tidak mahu lagi terperosok didalam dunia aku sekarang ini.aku tidak mahu terkongkong lagi.aku cuba baiki diri dan menjadi yang terbaik. 22tahun,terlalu muda dan mentah bagi sesetengah orang.bagi aku,umo hanya nombor dan tidak mempunyai maksud apa-apa pun.tetapi,pengalaman itulah penyumbang utama kepada kehidupan kita.sekiranya sudah 25tahun,tetapi tidak mempunyai banyak pengalaman,bagaimana mahu maju? Orang yang maju sekarang ini bergantung kepada pengalaman dan pemikiran seseorang itu bukan semata-mata angka umor dia semata-mata.aku tidak faham ada setengah orang memperlekehkan orang muda yang cuba nasib untuk berubah.tetapi dia tidak sedar yang dia sudah berumur dan tidak mempunyai apa-apa.aku takut suatu hari nanti orang muda itu yang akan menolong orang yang memperlekehkannya tadi. Sekarang ini,kita sering terdengar 1Malaysia.Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan. Aku amat tertarik dengan motto itu.membuat aku semakin mahu mengejar.mengejar dan terus mengejar.aku tidak mahu lari. Sekarang ini,aku cuba untuk memfokuskan kepada suatu benda sahaja.aku tidak mahu tamak dan sebagainya.aku cuba menjadi diri aku sendiri dan aku berharap agar aku tidak lupa daratan. Aku mahu menjadi syafiq adnan sekarang ini dan akan datang tetap sama seperti hari ini.
jom kita sama2 maju