Tuesday, November 24, 2009

musibah

seperti yang kita ketahui dan sememangnya akan ada musibah yang berlaku dikala menjelang akhir2 tahun ini.musibah yang sekarang berkumandang adalah BAH atau banjir yang sedang melanda sekitar Utara dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

masyarakat disekitar kawasan berkenaan sudah serasi dan sebati dalam hidup mereka.akan tetapi apa tindakan yang kita telah lakukan untuk mengatasi masalah ini.

Ya,ini sememangnya musibah yang ALLAH berikan kepada manusia didunia ini.akan tetapi,didalam Al-quran telah menyatakan bahawa segala musibah ada jalan penyelesaiannya.Kita sebagai manusia kenapa tidak bertindak sedemikian??!


Malah,dikala musibah ini berlaku,ada dikalangan manusia yang berfoya-foya dan bersuka ria.Kenapa ini semua perlu berlaku?
Kenapa tidak kita semua duduk semeja dan berbincang akan masalah yang sedang berlaku ini?

Dari dulu sehingga sekarang ini,hanya penempatan sementara sahaja yang sering menjadi jalan penyelesaian.Mengapa tidak kita cuba untuk mengatasinya dan cuba untuk mengurangkan kadar banjir ini?

Cuba kita buat tasik,parit atau sungai untuk menampung air banjir ini?
Kenapa kita tidak terfikir seperti ini?Dan mengapa perlu sampah sarap dibuang di parit mahupun sungai?

Bukankah negara kita ada tempat pelupusan sampah sarap?mengapa perlu buang di situ?
Sedarlah wahai manusia sekalian,segala masalah ada penyelesaian,mengapa kita tidak bertindak untuk mengatasi masalah ini?


Sebenarnya,masyarakat kita sekarang ini sememangnya manja dan tidak boleh dikenakan tidakkan tegas.Pihak berkuasa seharusnya bertindak tegas terhadap masyarakat kita agar negara ini terpelihara.Sepatutnya kita menjadikan Singapura sebagai contoh.

Dinegara mereka tidak boleh meludah atau membuang sampah merata-rata.Mereka akan dikenakan denda yang setimpal.Mengapa negara kita tidak berbuat sedemikian?Salah satu punca utama adalah masyarakat kita sendiri yang pemalas.
Kenapa malas?Sebab utama adalah kerana mereka tidak sedar akan dunia pada hari ini.
Aku kadang-kadang kesal dengan pihak tertentu kerana mengambil masalah ini seperti perkara remeh.

Sebagai contoh,dikawasan perumahan yang saya duduk sekarang ini,tong sampah sudah penuh dengan sampah yang dibuang oleh penduduk.Mengapa tidak diangkat oleh lori sampah?Kemana perginya lori-lori sampah ini?
Seharusnya setiap hari datang untuk memungut sampah yang terkumpul.

Dinegara kita,sudah sebati dengan RASUAH.Segala tindakan perlukan RASUAH baru boleh diselesaikan.


Mengapa perlu sedemikian rupa????!!!

RASUAH adalah jalan penyelesaiannya...

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails