Wednesday, September 9, 2009

hidup

hidup didunia ni memang kita banyak diduga
macam-macam yang akan kita jumpa
sukar untuk kita berada di atas sahaja
kita akan berada disetiap tempat

diatas
dibawah
ditengah-tengah
didepan
dan di belakang

kita tidak perlu salahkan takdir
kerna itu yang tersirat dalam kehidupan kita
kita cuma boleh meneka apa yang tersurat dalam hidup kita
bukan yang tersurat

sekarang aku sudah faham dengan hidup
kita ada pilihan
pilihan tidak semestinya 2jalan sahaja
apa yang aku nampak lebih dari 2jalan
tapi jalan mana yang aku mahu pilih?
adakah aku mahu pilih hanya satu jalan sahaja?

dalam benakku ini aku mahu pilih 2 atau 3 jalan
pada masa yang sama
kita tidak salah untuk buat pilihan
kerna orang yang takut dan tidak mahu ambil risiko sahaja yang tidak akan berjaya

aku mahu berjaya dalam hidup aku sendiri
aku perlukan rakan-rakan,teman dan keluarga
tetapi kita perlu fikir
setiap orang berbeza pendapat
kita perlu menapis apa sahaja yang mereka katakan
keputusan ditangan kita
jangan mendesak
malah berfikir dengan waras

kita tidak mahu perkara yang dah berlaku berulang lagi
begitu juga sperti aku
aku mahukan yang terbaik
hari ini mungkin bukan hari aku
mana tahu esok lusa hari aku pula

apa yang perlu kita ingat
kita ini hanya HAMBA kepada ALLAH SWT
dia yang tentukan kehidupan kita
kita cuma boleh merancang
bukan menentukan

kita perlu REDHA dengan apa yang berlaku
ALLAH itu sentiasa ada dengan kita
DIA tidak pernah lari dari kita
DIA MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI

aku cuma hamba yang penuh dengan dosa dan kesesatan
maafkan aku

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails