Tuesday, July 14, 2009

bukan niat aku

aku keliru dengan apa yang aku buat
tanpamu aku menjadi sunyi
aku akur dengan layananmu
tapi aku tahu kita sudah rapat

aku mahu kejalan ALLAH
jalan ke arah SYURGA
kesalahanku menyebabkan kau
jadi seorang gila

bukan niat aku
malah bukan kemahuan diriku ini
aku lemah
aku akur

janji aku cuma satu
akan ku jaga dirimu sehingga mati
itu janji aku

sukar untuk buat pilihan
tapi aku akan menempuh dengan tabah
aku sanggup untuk menunggu
kerna aku percaya dengan hatiku

hatiku tidak pernah tipu
hatiku cuma mahukan cinta abadi
bukan niatku mahu benda lain
aku mahukan kebahagiaan

kebahagiaan adalah segala-galanya
dalam hidup aku ini
memang sukar untuk kau fahami aku
aku tak paksa

tapi aku tahu kau tak kenal lagi akan diriku ini
itulah punca aku berikan masa
agar kau buat pilihan
memang sukar buat pilihan hati

kau perlukan masa untuk ini
aku tak memaksa
biarkan dia datang sendiri
aku redha

YA ALLAH
aku mohon kepadamu
agar hambamu ini diampunkan dosanya
dan membuat pilihan
kejalanmu YA ALLAH

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails