Wednesday, September 3, 2008

RAMADHAN

Ramai diantara kita yang tidak tahu apa sebenarnya bulan Ramadhan@puasa...yang kita tahu hanyalah bulan untuk kita berpuasa dan untuk melengkapkan Rukun Islam yang ketiga..disini sy ingin berkongsi sedikit tentang bulan Ramadhan ini...
Ramadhan bermaksud panas terik...dimana kita akan merasa perbezaan diantara bulan2 lain yang telah kita lalui dalam kehidupan kita ini...Ramadhan juga merupakan bulan yang memerlukan seseorng itu bersabar dalam menghadapi dugaan yang datang kepadanya...

Dibulan yg mulia ni,kta sebagai umat islam adalah diwajibkan untuk berpuasa bagi sesiapa yang berkebolehan untuk berpuasa..mksudnya tidak digalakkan r untuk org yg sakit dan yang ada sebab lain untuk tidak berpuasa...disini kita boleh lihat bertapa mudahnya agama Islam kita ini..bagi sesiapa yang tidak menunaikan tanggungjawab kita sebagai umat Islam ini adalah sama seperti orang kafir yang dilaknat oleh ALLAH SWT...

Dibulan puasa ini kita juga digalakkan untuk menunaikan solat sunat terawih..dan digalakkan lagi menunaikannya dimasjid mahupun disurau..tapi dirumah boleh juga...asalkan hati kita mahu melakukan ataupun tidak...selain itu kita digalakkan untuk menderma dan memberi sedekah kepada fakir miskin,orang yg sedang mengalami bencana dan sesiapa sahaja yang mempunyai masalah dan diketegerikan orang yang layak menerima derma ataupun sedekah...memang bulan Ramadhan ni senang untuk kita menambahkan lagi pahala..tetapi kita jangan lupa bahawa dosa pun ada walaupun kita sedang mencari pahala...contohnya semasa berbuka...dalam Islam sendiri menggalakkan agar kita berbuka sekadar yang termampu..tetapi di zaman sekarang ni.selagi ada makanan yang di inginkan selagi itulah mahu membelinya sehinggakan berlaku pembaziran...adalah lebih baik sekiranya kita bersedekah dari kita membazir begitu sahaja??!saya sungguh sedih kadang2 melihat orang yang tidak ada kesedaran dalam dirinya...memang lah kita mampu tetapi jangan lah sampai kita membazir dan mendapat dosa...

Dibulan Ramadhan ini juga kita tidak lari dengan buah Tamar(kurma)...dalam sunah Rasulullah SAW..adalah digallakan bagi kita untuk berbuka dengan buah Tamar...buah Tamar ini mempunyai banyak khasiatnya...Tamar sahaje boleh bagi tenaga secara instant dan berterusan...dan digalakkan memakan buah Tamar mengikut bilangan ganjil...
Bagi bersahur pula,kita digalakkan bersahur sebelum masuk waktu Subuh iaitu waktu Imsak...dan adalah digalakkan juga untuk bersahur berdekatan dengan waktu Imsak..Bersahur adalah bertujuan untuk memberi tenaga kita disiang hari...walaupun cuma makan sebiji buah Tamar dan meneguk segelas air masak,kita sudah mendapat pahala...sungguh mudah untuk kita mendapat pahala di bulan yang mulia ini...

So,sama2lah kita saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain bagi membolehkan kita mendapat keberkatan dan hidayah dari ALLAH SWT...selain itu kita juga perlu mecari pahala dan menghapuskan dosa...
smpi sni sahaja yg dpt sy berkongsi..sekian..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
pose..jangan xpose..hihi

2 Comments:

  1. mocQachinno said...
    sahur berdekatan dgn waktu imsak = pkul 4 pg dan keatas. bukan pkul 1 pg ye...itu supper nmenye bkn sahur
    =p
    sYafiQ said...
    hehe...ye..tu sy tau..hihi..xpe2..nxt time eh kta wat tul2 dh nk dkt imsak...ok?hihi

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails