Wednesday, April 2, 2008

warkah dari bonda

aku sbnrnye bru jmpe blk warkah ini setelah sekian lama aku mncarinya...

11 Jun 2004

Anak-anakku,

Buat pertama kali mak mengutus warkah buat kalian.mak rasa sudah terlalu penat mak bercakap dan berkata-kata.Tatapilah warkah ini hingga akhir.Fahamilah apa yang akan mak luahkan selama ini.

Kini genap 12 tahun mak hidup tidak sempurna tanpa suami iaitu abah you all smua.Mak tak seperti pasangan suami isteri yang lain dapat hidup bersama sepanjang masa.Walaupun jauh di sudut hati mak inginkan abah di sisi mak.Tapi apakan daya sudah tersurat dia azali nasib mak begini.
Mungkin kalian tidak ingat betapa susahnya kehidupan mak semasa berjauhan dengan abah sewaktu usia along 4 tahun,ya 2 tahun dan ain berusia 3bulan.Hanya ALLAH yang maha mengetahui perasaan mak.Namun mak gagahi juga untuk terus memelihara kalian walaupun hamper setahun abah tidak menjengukkan muka.Mak pasrah semua.Bukan tujuan mak nak ungkitkan kisah lama.Tetapi untuk renungan anak-anak mak agar kalian dapat berfikir.
Kini anak-anak mak telah meningkat dewasa.Mak bersyukur kerana dapat mendidik kalian dengan ilmu agama dan duniawi walaupun tidak dalam kemewahan.mak tak pernah ceritakan kesusahan mak.Mak akan cuba adakan apa-apa yang anak-anak kehendaki walaupun di dalam poket kadang-kadang tiada duit.Mak rela demi anak-anak.mak juga tak pernah ceritakan kesusahan mak pada abah.Mak sedar siapa diri mak disisi abah.Biarlah abah mengejar kemewahan hidup bersama keluarga barunya.Biarlah kita hidup dalam kesederhanaan kerana mak tak mampu untuk mewah.Mujurlah abah dapat meringankan beban mak.Namun wang segala-galanya.Mak tahu anak-anak mak anak-anak yang cermat,pandai menyimpan wang.Mak selalu meminjam semula tabungan anak-anak,tapi insyallah mak akan ganti balik nanti.Apa yang pinta anak-anak mak,adakah nak biarkan mak hidup dalam kesedihan sepanjang hayat.Tak mahukah bawa mak keluar dari belenggu ini?Tak mahukah lihat mak,abah dan kalian semua bersatu di bawah satu bumbung?mak teringin duduk sebumbung semula dengan abah seperti 12 tahun yang lalu.Mak hanya kecapi masa 4 ½ tahun hidup bersama abah.Namun hasrat ini mak simpan jauh nun di sudut hati kerana tiada apa-apa reaksi dari abah.Mak sedar diri mak siapa.Hanya anak-anak yang sentiasa disisi mak.Tapi apa yang mak anak-anak dah buat pada mak?Kalian semakin besar dan semakin degil,tidak mendengar kata mak,melawan mak,mak sedih kerana pada pandangan abah mak tidak pandai mendidik anak-anak.Mak malu.Kalau kalian sayangkan mak,ubahlah sikap.Mak hanya ada kalian bertiga.Kalianlah yang menyebabkan mak masih terus berdiri.Kalianlah penyambung cinta sejati mak pada abah.Kalau kalian bertiga asyik bertelagah siapa lagi mak nak menumpang kasih?Usia mak semakin tua.Fikirkanlah anak-anak.

Berlajarlah bersungguh-sungguh.Jangan fikirkan perkara yang bukan-bukan.Jawatlah jawatan yang paling baik.Berikanlah kebahagiaan kepada mak.

Mak.


time raya aidilfitri

6 Comments:

  1. c h o c o l a t e i.c.e said...
    ces..syial ar ko..
    sedey dowh bce warkah mak ko nie..
    so..
    harap ko wat la pe yg mak ko harapkan tu sapik..
    ko tu anak sulung..berat tanggungjawab tu..
    rajin2 kol mak ko tu..
    so..die tau..anak die always ingat die..
    mcm pe yg aku wat skunk..huhu..
    klu ko wat jahat..aku report mak ko..hehehe~
    Nyda Zamani said...
    huhuhu~
    sedeynye bace warkah dari bonda syafiq ni..

    adik, always remember ya..pengorbanan mak untuk syafiq dan adik2..sesuatu yang sangat tidak terhingga nilainya..tak dapat dijual beli tak dapat dicari ganti...jgn sekali2 lupa tu!ok!!

    -senandika sentiasa di sisi, susah dan senang bersama-

    (",)
    Anonymous said...
    sebak plak. well, muhammad syafiq bin adnan, there's only onr thing i wanna said.

    be a good muslim, son, bro n friend. BE GOOD k!
    sisdee said...
    cik aya pun ngis baca surat mak ni....ish ish..cik aya ada anak wpun baru kecik2.....tp kan along pgorbanan sorg ibu yg mgandungkan....yg mbesarkan......wpun cik sham tu ngan cik aya pun....tp dah rasa kecik ati klu syahmi mlawan....apa tah lagi mak awak yg mbesarkan awak adik beradik wout ur father....there's only one thing i can tell u.....SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU.....
    sYafiQ said...
    tul tu cik dayah....along dapat rasakan cmne pngorbanan seorng ibu ni...
    Otit said...
    capik.
    harap kamu akan jadik sorg yg berjaye di masa depan.

    sebab tiada yang lebih membahagiakan seorang ibu dari melihat anaknya menjadi seorang yang berjaya dan taat padanya.

    itulah kehidupan.

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails