Tuesday, March 4, 2008


1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.Jika anda meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana
perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya.Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia
dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa
dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk
mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya
anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda
terpikat padanya kerana dia adalah dia.Maka,tiada alasan untuk anda
mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban
untuk anda.Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk
menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi
cinta,dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk
mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan
mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak,yang
anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta
setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya
di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana
dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya.Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga
mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan
diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri
tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana
selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya,
tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari
itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk
dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya
dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan
hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup
seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10.Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah
satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda
perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat.
Ketahuilah,dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda
adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah
bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya,
maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai
dirinya dengan apa jua keadaan sekalipu

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails