Wednesday, July 21, 2010
hye guys...lama dah aku tak buka blog aku sendiri ni..
bukan tak mau,tapi tiada masa untuk aku menulis.
aku sibuk dengan kerja..kerja...n kerja..
alhamdulillah r sabtu n ahad dapat gak melapangkan masa bersama keluarga..last week keluarga aku datang sni,so aku spent sepenuh masa bersama diorang..
hidup aku sekarang amat berbeza...
aku cuba mencari apa kelemahan aku dan cuba memperbetulkan semua ini.
mungkin aku tidak cukup masa berehat menyebabkan emosi dan fikiran aku terganggu..
aku tahu aku ada keluarga..
diorang amat menyayangi aku...
thanks to my family coz sentiasa berada disisi tika aku susah mahupun senang.
hidup tanpa pasangan umpama ada jantung tapi tiada hati..
itu sebelum ini aku berkata.
tapi sekarang,aku sedar..
biarlah ianya berlaku.aku tidak mahu lagi memikirkan akan ini...
apa yang pasti aku sekarang menjadi workaholic..
aku akan fikir kerjaya,keluarga dan masa depan aku.
Thursday, June 3, 2010
Assalamualaikum dan salam semangat semua...
aku perlukan semangat untuk semua ini..
aku sudah lama menyepi kerana aku cuba untuk berahsia dan cuba untuk berdikari sendiri.
apa yang pasti sekarang ini aku mahu menjadi yang terbaik.
aku ada hidup baru..
ada karier baru...
ada kereta baru...
ada impian baru...
tetapi aku ..
tiada isteri lagi...
tiada rumah lagi...
tiada tanah lagi...
tiada masa lagi untuk berfikir KOLOT...
masa terlalu bernilai bagi aku..
sekarang ini aku rasa hidup aku untuk kerja untuk weekdays..
keluar rumah pkul 8pagi..balik sampai rumah pukul 8-9malam paling awal..
moga aku akan enjoy sekarang,dan sampai bila-bila..
thanks coz pernah hadir dalam hidupku
Monday, April 12, 2010
Zaman sekarang ini,semua perlukan duit..tidak dinafikan. Kalau tiada duit,kita tidak akan dapat apa yag kita mahukan. Semua orang boleh dapat apa impian mereka tetapi tidak mahu bertindak.tidak dinafikan zaman ini ramai yang mempunyai kad kredit.kad kredit memang mudah untuk perolehi lagi-lagi kerja kerajaan. Aku sendiri tidak terlepas dari tawaran untuk membuat kad kredit.tetapi aku menolak mentah-mentah.minta maaf kepada sales person yang advice aku tetapi aku tidak mahu. Kenapa aku tidak mahu?kerana sememangnya kita akan bayar lebih dari apa yang kita gunakan.kerana terdapat hidden charge yang mereka kenakan. So,aku tidak mahu gunakan kad kredit.orang kata,ukur baju dibadan sendiri.memang aku tidak nafikan aku boleh gunakan tetapi aku tidak mahu menyesal kemudian hari. Aku tahu aku boleh perolehi dengan duit aku sendiri dari guna kad kredit.memang mudah.tengah-tengah bulan,guna sahaja kad kredit.akhir bulan sengsara membayar.pernah kita fikirkan sebegini? Ya,memang aku masih muda,tapi aku sudah Nampak jelas apa yang akan berlaku 5tahun akan datang.aku tidak kisah kerana aku tidak dapat kerja government.sebab aku tidak mahu makan gaji buta.mostly yang aku perhatikan.makan gaji buta.mereka akan sibuk bila ada kerja sahaja,selebihnya berfoya-foya. Aku tidak tahu kenapa orang yang bekerja kerajaan mengagungkan dia hebat.aku tahu,mereka memang KAYA….KAYA hutang..betul atau tidak?tapi mereka memang WAJIB ada akaun BANK RAKYAT. Kenapa mereka ada akaun itu?kerana buat personal loan.memang BANK RAKYAT senang untuk mereka apply.mereka gunakan,bulan-bulan bayar.tapi apa yang mereka gunakan itu kita tidak tahu dan tidak ada yang menunjukkan perubahan.bila sudah tidak cukup duit lagi,buat lagi personal loan. Sampai bila mahu hidup seperti ini?sampai pencen pun hutang tidak habis terbayar. Aku tidak mahu hidup seperti ini.aku Cuma mahu berkongsi dengan anda semua info-info seperti ini yang kita sendiri pun kadang-kadang tidak terfikir. Jangan sampai nak kahwin pun BERHUTANG..20tahun kemudian baru settle.. KENYATAAN BENAR ini SEMUA
Friday, April 9, 2010
Target yang perlu aku sempurnakan dalam hidup aku :
Friday, March 26, 2010
Assalamualaikum dan salam muhibah semua, Nampaknya sudah lama aku tidak update blog aku sendiri.dulu memang setiap hari aku sempat update,tapi sekarang ini,memang tidak cukup masa untuk aku update. Jadual harian aku pun sudah berubah sedikit. Kerja tetap kerja.tapi lepas kerja dan ada masa terluang sedikit aku akan isi dengan sesuatu yang membolehkan aku membuat duit. Sekarang ini aku agak sibuk dengan bisnes yang semakin hari semakin kukuh.syukur Alhamdulillah.aku tahu,setiap usaha itu akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal.aku ngaku yang gaji aku memang tidak cukup untuk sara hidup aku sendiri,so,aku bercadang untuk buat bisnes itu dan Alhamdulillah telah mendapat restu dari keluarga aku sendiri.memang tidak dinafikan,ramai yang membantah dan memperlekehkan aku. Oh,aku tidak peduli kerana aku sudah Nampak jalan yang membolehkan aku menjadi seorang usahawan jutawan dan terbilang.Insya Allah suatu hari nanti.Aku budget tahun ini aku akan kumpul income around RM100k ++… Kerja makan gaji,sampai bila je boleh tahan? Gaji rm2000++ sebulan.kerja 1tahun,naik lah 10% gaji.tahun depan lagi naiklah 10% lagi..tapi itu paling maksimum r.kalau kita kaji balik,ada ke saving kita setahun dalam rm5k? Dulu masa bujang selalu bagi duit kat mak abah,itupun rm50 – rm200..tapi bila dah kahwin dah tak ada bagi.kenapa?memang diorang tidak meminta-minta,tapi kita sebagai anak,kita perlu rasa mahu membalas jasa mereka semula kerana mereka telah membesarkan kita dari kecil lagi. Aku tidak mahu terlambat dan menjadi seperti ini.Sekarang ini,semuanya perlukan duit.itu memang tidak boleh dinafikan. Dan aku terperanjat,aku terdengar hari itu,ada hamba Allah ni cakap,orang yang mahu kahwin,kalau dia guna duit loan,ada subhah.bila aku fikir-fikir balik,memang betul. Kita pergi kenduri orang kahwin.kita makan puas-puas.kita dapat barang dia bagi.tapi,sebenarnya makanan n barang2 tu berhutang,mana sangka pe yang kita makan tu dia baru bayar dalam masa 5tahun dari masa itu? Adakah kita tertanya-tanya akan peristiwa ini?kita sudah makan,tapi 5tahun lagi baru makanan kita tu dibayar. Aku tidak mahu seperti itu.aku mahukan yang terbaik untuk generasi aku. Aku harap,tahun ini,aku dapat bekerja keras dan aku akan dapat habuannya.Insya Allah.
