Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Salam Ukhwah semua...

nampaknya sudah lama aku tidak mengUpdate blog ini.sudah sebulan rasanya..
itu pun sebelum tu sudah beberapa bulan juga tidak Update...

bukan aku sengaja tidak mahu update..tetapi aku tidak mempunyai masa yang cukup untuk membelek blog aku ni..sorry..

ok..sekarang ni aku mmg betul2 cukup masa untuk update..coz now aku kat RTM Kuching..semua krja disini sudah settle..cuma tunggu mahu balik KL je petang ni..
serius,aku akan rindu yesterday moment with tito,zamrie n melody...member teater kat UMP dulu..yang paling lama tak jumpa zamrie..rasanya sudah 3tahun tidak ketemu..

ok..aku nak update pasal diri aku sekarang ni..
aku rasa before ni aku dah bagitau yang aku sudah tukar kerja..
Alhamdulillah,syukur sangat aku dapat join company ni coz aku dapat belajar macam-macam..dari A-Z...all i do by my self...seriusly teruja sangat2..mula-mula agak susah n kekok akan kerja ni,tapi sudah sebulan leby,aku dah bley adapt kerja ni..

serius,aku memang tak pernah berkira untuk balik datang awal,balik lambat or etc...serius..coz i know,i will learning as soon as possible coz no have enough time to me learn slowly..everyday,different situation i faced n everytimes is new for me...

now,aku handle lighting project for rtm for 3 site,2 in angkasapuri n 1 in kuching..
memang mcm2 kerenah aku jumpa..mcm2 problem dah jumpa..seriusly,if hati ni tak cekal n kuat,mmg dah bagi surat resign kot..its to hard to work with government beb...

Alhamdulillah,sekarang ni smua brjalan lancar..

ok,sekarang ni sudah bulan Ramadhan..sudah puasa ke-8..selamat berpuasa kepada smua..moga puasa kali ini lebih bermakna dan hopefully kita dapat menunaikan kewajipan kita sepenuhnya:)

kerja sudah,puasa sudah...life pulak.
ok,sekarang aku rasa tengah dalam proses untuk matang..
sebulan-2bulan sebelum ini memang aku rasa seperti loser...seperti tidak ada arah tuju...
Alhamdulillah,sekarang aku dah nampak..aku rasa sebelum ni seperti berada didalam kepompong yang sukar untuk keluar darinya..mungkin aku tersilap langkah atau tidak..aku tidak mahu mempersoalkannya.aku percaya ini semua ada hikmahnya...cuma aku harap,ini semua dapat menjadi pengajaran dalam hidup aku mahupun orang lain...
seriusly aku seperti tidak nampak benda yang ada didepan mata,tapi aku pilih yang jauh dimata..
now,aku rasa aku dah nampak jelas lagi bersuluh...aku harap ini adalah pilihan hidupku..

sekarang aku rasa lega coz aku boleh lihat semesta alam..n aku dapat lalui liku2 hidup dengan rasa yakin...memang aku sedar,perjalanan aku masih jauh..tetapi kita tak akan sangka perjalanan kita akan singkat suatu hari nanti..kita tidak akan tahu apa yang akan jadi pada hari esok dan berikutnya..so,aku ambil langkah untuk berhati-hati ketika berjalan mahupun berlari..
aku sekarang lebih selesa untuk berjalan dari berlari coz aku sedar akan kelemahan dan kelebihannya...

so,sekarang ini aku tahu aku ada banyak simpang..aku cuba perlahankan perjalanan aku ke simpang2 itu bagi melamakan untuk aku berfikir dan bertindak..aku tidak mahu membuat kesilapan lagi...

moga aku dapat petunjuk darinya yang sebenar-benarnya..Insya Allah..
doakan untuk aku ya rakan-rakan semua

Thursday, June 3, 2010

Assalamualaikum dan salam semangat semua...

aku perlukan semangat untuk semua ini..

aku sudah lama menyepi kerana aku cuba untuk berahsia dan cuba untuk berdikari sendiri.
apa yang pasti sekarang ini aku mahu menjadi yang terbaik.

aku ada hidup baru..
ada karier baru...
ada kereta baru...
ada impian baru...

tetapi aku ..

tiada isteri lagi...
tiada rumah lagi...
tiada tanah lagi...
tiada masa lagi untuk berfikir KOLOT...

masa terlalu bernilai bagi aku..
sekarang ini aku rasa hidup aku untuk kerja untuk weekdays..
keluar rumah pkul 8pagi..balik sampai rumah pukul 8-9malam paling awal..
moga aku akan enjoy sekarang,dan sampai bila-bila..

thanks coz pernah hadir dalam hidupku

Monday, February 22, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama juga aku menyepi didalam blog aku ini.bukan kerana aku tidak mahu update,Cuma aku tidak mahu aktif seketika.

Dari 13hb aritu aku berada di kampong aku,batu pahat sehingga semalam 21hb..agak lama aku di kampong.aku seperti tidak mahu kembali ke shah alam kerana tidak tahan akan kesibukan di kota metropolitan.

Aku duduk di shah alam dan kerja di PJ,amat serabut bila mahu pergi dan pulang dari kerja.kesesakan memang tidak boleh lari.aku berada di batu pahat,aku amat selesa dan aman.lama juga aku dapat bersama dengan keluarga aku.dan dapat juga bertemu dengan rakan-rakan di kampong.

Amat seronok berada di kawasan yang tiada kesesakan dan pencemaran yang tinggi ni.selesa dan aman rasa.ikutkan hati,aku tidak mahu pulang ke sini.tapi bila aku fikir balik,disini aku boleh bermain dengan duit.

Di kota metropolitan ini,macam-macam kita boleh buat.hanya mahu atau tidak.

Sedang aku seronok berada dirumah,aku dapat rasakan betapa seronoknya apabila duduk dirumah dan setiap hari dapat bermain dengan duit.amat seronok sekali.aku sudah ada caranya dan aku perlu bertindak.

Kerja makan gaji memang terjamin lagi-lagi kerja kerajaan,tetapi sampai bila mahu berada di tampok yang lama?kenapa orang kaya sahaja boleh beli BMW.kenapa aku tidak boleh?sebab makan gaji.ya,memang betul.so,sekarang ini aku sudah ada jalan dan kalau boleh,aku tidak mahu aku seorang diri sahaja yang berjaya,aku mahu kaum aku sendiri berjaya juga.

Aims aku sekarang adalah mendapatkan income every month at least RM100,000.00 pada usia 27tahun..Insya ALLAH

Thursday, January 14, 2010

Assalamualaikum dan salam mulia


Semakin hari,semakin banyak PUNCA yang membuatkan aku banyak berfikir sekarang ini.

Semalam aku jumpa seseorang yang membukakan mata dan fikiran aku.

Sekarang aku sudah ada banyak pilihan.Dan aku sudah Nampak dimana cabang dan simpang.

Dunia bisness terlalu luas untuk dikatakan.Yang pasti niat itu kena betul.

Aku harap aku pegang sampai bila-bila niat aku ini.

Aku mahu majukan diri aku,keluarga,agama,bangsa dan Negara.Aku kalau boleh mahu tolong semua orang terutamanya kaum aku sendiri MELAYU.

Kadang-kadang aku sedih dan sebak bila tengok kaum sendiri.macam-macam ragam dan perangai yang aku jumpa.memang betul,melayu tidak boleh tengok melayu naik.aku pelik dan rasa sedih kenapa jelous dengan kaum sendiri maju.sampai bila kita mahu maju?

Semalam,aku jumpa seseorang yang membuat aku banyak tertanya dan aku agak terperanjat dan respect dia.dia seorang wanita dan masih muda tetapi sudah ada tanggungjawab yang besar dan ada syarikat sendiri.aku respect dia sebab dia pandai manage.kalau lelaki aku tidak hairan tetapi ini perempuan.

Apa yang dia bawakan adalah dalam apa yang aku cuba mahukan.

Sekarang ini aku cuba untuk berlajar dengan dia dan dia pun tidak kisah dengan ilmu dan pengalaman yang dia ada.

Sekarang ini,aku sedang berfikir tentang rancangan aku.rancangan jangka masa pendek.jangka masa 5tahun.dan jangka masa lama.

Aku akan cuba berfikir secara waras dan mengambil langkah berjaga-jaga dan ingin menjadi seseorang yang sangat cerewet.

Aku harap,semua menyokong aku.

Monday, January 4, 2010

Assalamualaikum dan salam pembaharuan.

Hari ini merupakan hari pertama bagi mereka yang bergelar pelajar sekolah lagi dan pelajar-pelajar UMP yang memulakan latihan industri.Semoga hari ini membawa lembaran baru dan sinar baru kepada anda semua.Masa itu,sudah lama saya tinggalkan dan saya rasa amat rindu akan waktu dan ketika itu.

Sekarang aku sudah bergelar PRODUCT ENGINEER.Ya,memang aku tidak sangka aku ada title.tetapi aku tidak bangga dengan title semata-mata.Masuk bulan ini sudah 9bulan aku bekerja.Tiada perubahan dan tiada apa yang dijanjikan kepadaku oleh majikan aku.Hanya EPF aku baru sahaja dipotong bulan lepas.Aku terasa bengang dan marah akan masalah ini.Aku sudah lama bekerja tetapi baru bulan lepas EPF aku dipotong dan mana janji untuk menaikkan gaji aku?Aku sudah lama pendamkan ini semua.

Aku sangka,akhir tahun hari itu ada sedikit perubahan,tetapi tidak sama sekali.Aku amat bengang dan marah.Kerja seperti kuli batak.tapi tak ada apa-apa benefit pun.Untuk menabung jauh sekali.nasib baik aku ada ASB.disitu sahajalah aku menabung dan kalau aku menabung,cukup bulan mesti ada keluar sedikit.Aku tidak mahu lagi menjadi seperti ini.Aku mahu lari dari keadaan seperti ini.

Aku mahu memulakan hidup aku.Dari hasil titik peluh aku sendiri.Memang ada yang bersuara,'jangan berhenti kerja' n 'Mana nak cari kerja lain?'..aku kadang-kadang terfikir.apa yang aku akan lakukan?Insya ALLAH itu semua sudah ada didalam perancangan aku.Cuma aku mahu duduk semeja dengan abah.mahu berbincang dengan dia.Aku harap dia terima rancangan aku ini.

Aku sekarang kerja memang tiada hati di sini.Aku buat semata-mata tidak mahu kena marah dan Nampak aku mahu berhenti.Aku yakin dan pasti,majikan aku tidak akan bagi aku berhenti.Aku memang tidak kira.Kalau dia tidak bagi,aku akan buat sampai aku berhenti.Aku tidak larat akan mencari rezeki dengan hati tidak ikhlas.Seumur hidup tidak akan aman dan tenteram nanti.

Aku harap,ini semua menjadi pedoman hidup aku.Aku harap,aku dapat membuktikan yang aku ini boleh.Insya Allah.

Perancangan aku akan aku ceritakan pada post akan datang.

Monday, December 7, 2009

Salam sejahtera kepada pembaca sekalian,

Hari ini saya ada sedikit masa untuk menulis tentang cerita yang saya ingin kongsi bersama.

Semalam,saya dikehendaki untuk membuat training class for customer aku iaitu di SUNWAY Tower.Aku sampai disana pukul 2.30pm.agak seram dan takut kerana aku akan menunjukkan kepada para engineer,manager dan technician.Semua ada background masing-masing.Aku yang baru amatur ni rasa berada di bawah sangat-sangat.

Aku train and then,pergi wat practical plak.aku sebenarnya malas untuk wat demo bodoh jerk.then,aku suggest untuk wat practical.lagi mudah untuk faham.barnag yang diorang beli ni adalah power analyser.

Aku pun wat practical kat chiller room diorang and wat log untuk 5min.Then,data tu transfer pergi ke computer untuk analysis data.

Yang aku lemahnya,diorang ni wat-wat tak tahu.aku tahu diorang ni semua tahu pe yg diorang nak.Aku seperti diperkenakan oleh diorang.Aku tahulah aku ni melayu.kalau ye pun jangan r nak kenakan aku.ingat aku bodoh sangat.dah lah aku semalam tak ada mood n penat giler.last-last aku explain semua.tu pun diorang tak paham gak.

Ada masalah sikit dengan benda ni,aku cuba call boss aku tapi tak dapat.agak bengang gak aku.last-last,aku cakap ngan diorang,aku akand atang balik untuk explain more.coz diorang cakap barang ni problems.padahal circuit ko yang problems.aku malas je nak bagitahu..huhu

Baik ko tengok dulu circuit ko tu.baru cakap aku nye barang ni de probs.Next time aku akan g tapi tolong jangan Tanya soalan bodoh-bodoh.

Aku balik dalam 6lebih semalam.aku balik,semayang den terus aku tak sedarkan diri sehingga pukul 7pg tadi.

Aku dapat rasakan hidup aku untuk kerja sahaja.tak sempat untuk berehat dan makan semalam.SHIT men..

Kalau korang nak tahu camne kerja aku.mey gantikan tempat aku.kau ingat aku wat kerja bodoh-bodh je ke?kau setakat dok opis pastu rehat sampai 2jam pe kau tahu.then,dah tau aku ngan customer,tolong r jangan Tanya aku macam-macam pasal opis.kan ada clerk kat opis tu.tanya r dia.nape nak Tanya aku.aku ni kerja as product engineer ke clerk?semua kerja opis aku kne tahu.semua aku kena buat.huhuhu

*Sorry kalau ada yang terasa,aku hanya insane biasa yang mahu meluahkan perasaan aku yang sedang menguap-menguap mahu keluar tetapi tidak dapat keluar dengan kata-kata

Monday, November 16, 2009

gas analyser

Setakat ni benda normal je aku show kat customer.

Kali ni aku seperti mahu tunjukkan sebuah kereta persona kat customer aku.Customer ni dah lama beli brang tu since March.Harga dia sama dengan nilai kereta Persona.tau2 jelah kan berapa harganya.

So,awal bulan haritu aku kena gi wat training kat customer tu..huhu

Agak susah gak lah,coz aku kena g sorang2.den kne ajo engineer.

Benda ni adalah gas analyser.

Memang jauh dari bidang aku..huhu..

Aku tak amek chemist pun..huhu..nasib baiklah aku ni rajin membaca instruction manual yg tebal nye 250 pages n info2 dari lain..agak mencabar gak r.coz aku kne explore gas2 yg ada n benda2 yg ada kat gas analyser tu..huhu

Aritu aku g wat training oklah..tapi ada yang x terang sangat aku jelaskan..then,dia call aku aritu coz nak minta tlng untuk sttlekan probs dia.


gas analyser

So,semalam aku g ngan boss aku.den,aku try2..dapat gak settlekan problem tu..hihi

Just take only 1hour to solve this problems..hebat gak aku ni..hihi

Terasa nak bangga jap ngan diri sendiri..hihi

And now,boss aku cakap aku dah master gas analyser..huhu..bolehlah..

1st : power analyser

2nd : gas analyser

3rd : pe plak ek?

Hurm…hopefully aku akan blajar benda lain plak..

Monday, November 9, 2009


Interview Appointment - Application Engineer

ABS ENGINEERING &TDG. SDN BHD

Date : 11 November 2009
Time : 10.30 am
Address : No. 37 & 39, Jalan Anggerik Mokara 31/63, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor


Monday, September 28, 2009

kerja menimbun

hari ni hari selasa
kerja hari isnin semua aku tak buat
semalam
aku cuma usha blog orang
dan main facebook sahaja

kerja dioffice aku tinggalkan
atas alasan mood raya lagi
memang rasa malas giler semalam
tapi hari ini ada rajin sedikit

kerja yang agak menimbun ini akan aku settlekan
hari ini juga
memang mengadap komputer saja hari ni
maaflah kalau siapa sms or call tak ada respon
memang amat sibuk hari ini

Friday, July 24, 2009

arini aku terbangun lambat sket.
almaklumlah ari sabtu..hihi
so,aku sampai office tepat pkul 9.
aku pelik kenapa aku sorang je yang datang.
mana budak S tu pergi??!

aku pon biarkan saja.
malas nak fikir.
den,dalam pkul 9.30.
pelik gak,kenapa dia tak datang lagi.

tiba2 aku dapat call dari HQ.
'syafiq,S dah berhenti...'
'o..ye ke?itu yang saya nak..hihi'

then,aku pon rasa sangat2 lah gembira bila dgr brita ni.
baru kerja 3ari beb.dah berhenti.
harap je ko ada degree,tapi kerja semua tak reti buat...
memang bagus gaklah dia berhenti

tak da lah aku bengang n nak marah dia jerk
mana tak nya,boleh kan dia baca paper depan aku n bos time kerja
kalau lelaki dah lama aku tibai
nasib baik kau ni perempuan
malas aku nak layan kau

aku tak pernah jumpa perempuan semalas kau
aku suruh buat A,kau buat A
apa salah nya if kau lebihkan sket wat kerja
tapi memang aku bengang
kau ley baca paper n pegang hp je 24hrs

rasa cam nak sepak kau ada gak..huhu
tapi apa2 pon,
aku gumbira kau dah blah

lepas ni,kalau sapa nak kerja kat cmpany aku
tolonglah kerja ngn baik
at least pon janganlah jadi pemalas

Tuesday, July 21, 2009


General Manager

adakah aku akan berjaya memegang jawatan ini dalam masa 3-6 bulan akan datang?
aku tahu sungguh sukar untuk mendapatkan jawatan ini.tapi aku akan cuba.
cuma satu cara sahaja.aku mesti master semua instruments dari german.
sekarang ni boleh dikatakan 30% aku sudah tahu.
aku harap dapat apa yang aku nak kan ni.





suatu hari nanti

aku harap,dalam masa terdekat ni dapat apa yang aku impikan.
aku tahu aku terlalu muda,aku akan buktikan yang aku akan dapatkan apa yang aku impikan.lagi-lagi pada usia yang muda ini.
dan yang paling penting,aku harap,orang yang sentiasa di belakang dan menyokong aku dapat memahami diri aku ini.

Tuesday, July 14, 2009


inilah meja aku.memang serabut kan.
aku pon tak tahu nak kemas camne lg.
coz bila aku dah kmas then msti akan bersepah kembali selepas beberapa minit.
memang betul lah orang cakap,meja engineer memang susah nak kemas.

tapi sekarang dah lawa sikit coz dah de flip flap
:p

hihi

Monday, July 13, 2009

sate kajang








macam menarik tapi??!

farra e. farressa
(my customer)
thanks coz blanja i..hihi

nak dijadikan cite,aku di pickup oleh fara utk wat demo kat semenyih.kat cmpny recycle and generate power station.so,dia pon amek aku.
arround 10.00 kitorang grk dari office aku..
then trus gi tempat ayng dituju.aku wat demo semua.then rupanya yang order tu silap information.thats y aku rasa cam pelik jerk..huhu
last2.next time kene datang lagi for do some others demo.
lepas settle smua kitorang pon bergerak balik..hihi
then,farra ajak aku gi lunch coz dia dah promise nak belanja aku..hihi
then,dia ajak gi sate kajang..hihi

sebenarnya tak plan pon nak g makan kat sni.coz ingatkan jauh.rasanya semenyih ngan kajang dah dekat je kot.
then,aku search my gps.last2 dapat gak.dkt sgt2 ngn kitorang time tu..
then,farra pon ajak..hihi
that my 1st time kot makan sate kajang.
aku rasa cam biasa je kot..hihi

busy


im busy men

Friday, July 3, 2009

betul ke ada emas di Pendang?
kalau betul ada n nilai nya amat tinggi apa salahnya if kita pergi mencarikan.
tapi korang tahu ke itu betul2 emas?
nak guna apa untuk make sure itu emas?
aku de jawapannya..
aku ada alat yang boleh mencari emas.
click kat sini untuk maklumat lanjut dan bolehlah contact aku untuk keterangan lanjut.

Thursday, June 18, 2009

mahu balik

aku sudah 2minggu berada di KL.
esok aku akan balik ke batu pahat.
dan dalam masa 2 minggu aku di KL ini,aku dapat ramai kenalan termasuklah vip,studnt n mcm2 lg.aku sekarang baru mula terasa teruja dengan kerja aku.aku gi mana2 je aku mesti akan bawak bisness card aku..hihi..aku terasa amat bangga dengan jawatan aku.

ramai yang aku rasa pelik dengan jawatan aku.yelah,aku cuma diploma jerk but jawatan aku product engineer.aku dapatkannye dalam masa 2bulan sahaja.agak terperanjat jugalah aku.
gaji boleh dikatakan ok lah.tapi taklah tinggi cam orang lain.
tapi kalau cakap pasal elaun,memang aku muai lah makan elaun jerk.hihi..
evn aku beli mineral water pon aku ley claim.haha
jgn jlous r eh.

bila aku terfikir balik,bila dah bekerja ni rupanya lagi susah.kita kerja n kene budget sndiri duit kita..huhu..bulan ni memang aku sakit skit r..buts aku de family.thanks u all coz paham keadaan aku.hopefully start bulan depan aku dah ley settle down semuanya..

minggu ni aku agak bz sket r coz ramai customer call n appointmnt ngn aku..tadi aku baru balik dari ampang,gi jumpa customer.
alhamdulillah,dalam 1week aku dah wat banyak sale.

tomorrow before aku balik batu pahat,aku kene jumpa customer di semenyih.dahlah aku tak pernah gi sana,buts its ok..orang kata,tak kenal maka tak tahu..hihi

so,aku akn gi sana then trus balik batu pahat..

i really miss my mum n my hometown...

Wednesday, May 20, 2009

KL

today aku gerak gi KL..
aku de 3appointment ngn customer..
aku gerak dari batu phat ngan abg yusuf,bos(steven) n alvin..

1st,we all go to Shah Alam..Nalco Engineering..diorang nak beli medical thermometer n infrared thermometer..so,aku gi wat demo..n diorang confirm beli..hihi

2nd place,we going to Recall...kat shah alam gak..customer ni beli data logger..6unit semua sekali dia beli..hihi

3rd place,Pecca leather.diorang nak beli metal scanner..aku wat demo tunjuk diorang..
n diorang punya respon aku rasa mau beli banyak..hihi

aku rasa aepy coz customer semua ok..hehe

then,we all gi midvalley..
jalan-jalan cari pasal..haha
aku malas nak berjalan,so,aku lepak kat starbuck jerk ngn abg yusof..hehe

then,we all gi hotel..we all stay kat mirama hotel...

tomorrow we all nak gi usha office baru n apartment kat area subang..

aku maybe stay kl sampai esk or jumaat..

Tuesday, May 5, 2009

kali ni aku nak story pasal 1st sales aku kat company ni..hihi
mula2 memang aku tak budget pon customer akan beli barang tu.coz barang yang aku suggestkan tu bukan yang dia nak kan.yang dia nak beli barang lain.after wat demo n research,dia pon puas ati ngan aku n dia confident yang barang yang aku suggestkan tu lagi baik dari yang dia nak kan tu.

aku rasa customer tu ni ahli arkeologi kot coz dia cam nak cari duit n barang2 lain kat dalam tanah.btw,barang yang aku maksudkan ni metal detector.fungsi alat ni adalah mengesan metal,gold,berlian dan sebagainya.setiap model ada kelebihan dia.n yang paling baik adalah yang aku suggestkan.coz kita boleh mengesan lebey dari 1ft kedalaman dalam tanah.

GTI2500 (yang aku suggestkan)ACE250

so,after test n demo semua,customer tu terus mintak tawar harga.lepas bos aku bg harga dia.dia pun terus bayar.aku cam tak caya je customer tu beli.btw,alhamdulillah r coz beli gak dia.n aku tak sangka aku ley wat demo benda tu.padahal aku baru explore benda tu 1day before dia datang.tu pon aku still blur2 lg..hihi

btw,tahniah kepada diri aku coz dapat percayakan orang ngan barang tu.tapi kalau barang taiwan or china memang aku susah nak percaya.hihi

Related Posts with Thumbnails