Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Assalamualaikum,

Sudah lama aku menyepi dengan dunia blog ini.
Sebenarnya aku nak update since last week but tiada masa untuk aku menaip.

Tanggal 3 September 2012 bersamaan 16 Syawal 1433M, jam 3.40petang aku telah kehilangan seorang insan yang aku sayangi iaitu atuk aku.

Arwah seorang yang tegas dan ringkas. Dia membesarkan aku semenjak kami sekeluarga berpindah ke Johor dari Terengganu. Semasa arwah masih sihat, pantang dengar anak cucunya tidak sihat, lantas dia akan pergi menjenguk walaupun jauh.

Ketika aku duduk di Terengganu dahulu, arwah lah yang membelikan basikal untukku. Sewaktu itu aku rasa umur aku baru 2-3 tahun. Ketika aku duduk bersamanya di Rengit, arwah selalu ambil aku waktu balik sekolah sekiranya mak aku ada mesyuarat atau balik lambat. Arwah memang seorang yang ambil berat akan anak cucunya dan saudara mara.

Arwah seorang cikgu dan boleh dikatakan ramai mengenali beliau. Arwah bukan jenis yang boleh duduk diam. Sewaktu aku sekolah dahulu selalu dia ke kebun menanam ubi dan sayur-sayur. Waktu itu aku amat teruja kerana merasa suasana kampung walaupun kami duduk dikawasan pekan. Arwah bukan seorang yang pelokek untuk menghulur duit. Sekiranya sesiapa rajin menolongnya, Insya Allah akan mendapat habuan upah darinya.
Arwah juga menguruskan surau disebalah rumah kami. Selain itu arwah juga menguruskan sekiranya ada jenazah yang akan dikebumikan di tanah wakaf sebelah surau. Arwah seorang yang teliti dalam membuat perancangan. Arwah akan membuat catatan dahulu sebelum membuat sesuatu.
Aku selalu rajin menolong arwah untuk membuat keranda, membersihkan kawasan surau dan etc sewaktu arwah masih sihat dahulu.

Semenjak arwah ada telefon sendiri dulu, dia awal2 pagi akan call anak cucunya untuk bangun subuh. Kalau tahu anak cucunya nak balik, setiap 30minit dia akan call tanya dimana dan pukul berapa akan sampai. Walaupun kadang-kadang rasa rimas, tapi bila fikir balik kami akan rindu panggilan dari arwah.

Sekarang, semua itu hanya tinggal kenangan.

Arwah mula-mula sakit seminggu sebelum Ramadhan lepas. Mak dan mak cik aku bawa dia ke hospital untuk cek kakinya. Doktor cakap kena ulat air dan dikehendaki buat minor operation. Kami berharap ianya akan sembuh sepenuhnya selepas itu. Sangkaan kami meleset apabila seminggu tidak baik-baik tempat dibedah itu. Mak cik aku bawa ke klinik pakar kulit. Diberi ubatnya. Selang beberapa hari selepas itu, kami bercadang untuk membuat pemeriksaan di hospital pakar johor pula. Doktor mengesahkan saluran darah dari perut ke lutut atuk aku tidak berfungsi dengan betul. Doktor memberi kami pilihan, namun kami semua fikir atuk sudah uzur, tidak elok untuk melakukan apa-apa. Hidup atuk bergantung kepada ubat sahaja dan perlu cuci kakinya setiap hari.

Bermula dari awal Ramadhan, setiap minggu aku akan pulang ke Johor untuk menjenguk atukku. Sabtu dan Ahad aku akan jaganya. Seminggu sebelum raya sudah lain keadaan atuk. Dia tidak mampu untuk keluar dan hanya mampu baring dan duduk dikatilnya. Kami membelikannya tandas duduk agar senang dia membuang air. Satu malam, aku jaga bersama pak cik aku bergilir. Memang aku menjadi penyabar ketika itu. Menjaga orang tua ini perlu kesabaran. Alhamdulillah aku dapat melakukan dengan baik. Kalau Cik Man dan acik aku xde, aku sahaja yang berani untuk cuci kakinya. mak cik dan pak cik aku yang lain tidak berani. Walaupun aku mula-mula takut, tapi aku beranikan diri untuk mencuci.

Hari raya kami amat suram kerana orang yang tersayang hanya mampu duduk diatas katil sahaja. Saudara mara datang menziarah tidak putus-putus. Raya kedua malam aku bercadang untuk balik ke besut, kampung sebelah abah aku. family aku yang lain gerak raya ke 3 pagi. aku gerak sorang malam itu kerana aku cadang untuk terus pulang ke kl. kami mendapat sms dari acik yang atuk panggil anak cucu dan memberi nasihat pada malam itu, lantas pagi raya ke 4 kami berpatah balik ke johor.

Alhamdulillah, kami selamat sampai kembali ke johor. Aku terasa lain dengan atuk aku. telinga dia sudah jatuh dan anak matanya amat lain. atuk seperti suka kami pulang kembali. dia tidak mahu orang tinggalkan dia sorang2 didalam bilik. kami semua bergilir2 utk menemankan atuk didalam bilik. turn aku selalu kalau dia nak ke tandas, cuci kaki dan bgun n baringkan dia.

Seminggu selepas raya, aku pulang kembali ke kampung untuk menziarahi atuk dan dalam hatiku waktu itu kuat mengatakan minggu hadapan. aku balik hari khamis malam jumaat kebetulan cuti merdeka. Dugaan demi dugaan aku alami sewaktu itu. Aku sampai dirumah, atuk tidak tidur lagi dan keluarga sebelah abah dalam perjalanan datang dari besut untuk menziarahi atuk. malam itu aku tidak tidur menjaga atuk. setiap 5minit dia akan minta angkat ke tandas. memang amat besar dugaan untuk menjaga orang tua namun aku dapat belajar erti kesabaran. aku menjaga sampai ke siang, selepas jumaat baru aku dapat melelapkan mata dan berehat.

Sabtu malam ahad, atuk memanggil anak cucu untuk membaca yasin. selepas itu dia memberi pesanan dan nasihat untuk anak cucunya, kami amat gelisah ketika itu, namun aku redha akan apa yang terjadi.
Hari ahad aku mahu pulang selepas zohor, namun hatiku amat berat. setelah keluar kedalam, aku keluar rumah selepas asar. aku bersalam dan cium pipi atukku dan terasa amat lain.

Aku sampai di shah alam dalam 11.50 malam, mak aku call cakap atuk nazak. aku baru angkut barang dari kereta ke rumah. lantas aku call cousin aku di puncak perdana untuk siap2 dan aku masuk balik barang2 dalam kereta. sedang aku baru nak memasukkan gear, mak aku call cakap atuk dah ok kembali dan nasihatkan aku agar berehat dahulu dirumah tunggu selepas subuh kalau ada apa2.

Selepas subuh mak aku cakap atuk ok. aku pergi kerja seperti biasa dalam keadaan berat hati. Whatsapp aku pun sunyi je pagi tu sampai tengahari. tiba2 mak ngah aku call suruh amek cousin aku balik cepat. lantas aku keluar dari tv alhijrah menuju ke puncak perdana dalam masa kurang 10minit.
sampai aku dipuncak perdana adik aku call cakap atuk dah xde. aku terus menggigil. aku ambl cousin aku terus menuju ke johor. singgah di rnr seremban untuk mengisi minyak. dalam masa 45min aku sampai di ayer keroh dari puncak perdana. aku singgah melaka untuk pickup mok su aku, stuck dalam melaka je dekat 1 jam suku. tepat 6.00ptg aku gerak dr ayer keroh terus menuju ke kampung.
time tu aku xfikir dengan saman or polis or what so ever, yang aku tahu aku nak solatkan atuk aku dan cium did buat kali terakhir. aku sampai di ayer itam 6.20ptg , mak cik aku cakap jenazah dah nak dibawa ke kubur. aku cuba memecut sehabis boleh. aku minta untuk menunggu aku tapi hajat aku tidak kesampaian, aku sampai jenazah selamat dikimbus tanah.

aku hanya sempat dengar talkin. apa yang aku boleh buat membacakan yasin dan sedekahkan al-fatihah kepada arwah. moga arwah ditempatkan orang yang beriman dan di syurgamu Ya Allah.

Jasa arwah tidak akan kulupa dan tidak terbalas.

                                                       gambar terakhir bersama atuk

Thursday, January 14, 2010

Assalamualaikum dan salam mulia


Semakin hari,semakin banyak PUNCA yang membuatkan aku banyak berfikir sekarang ini.

Semalam aku jumpa seseorang yang membukakan mata dan fikiran aku.

Sekarang aku sudah ada banyak pilihan.Dan aku sudah Nampak dimana cabang dan simpang.

Dunia bisness terlalu luas untuk dikatakan.Yang pasti niat itu kena betul.

Aku harap aku pegang sampai bila-bila niat aku ini.

Aku mahu majukan diri aku,keluarga,agama,bangsa dan Negara.Aku kalau boleh mahu tolong semua orang terutamanya kaum aku sendiri MELAYU.

Kadang-kadang aku sedih dan sebak bila tengok kaum sendiri.macam-macam ragam dan perangai yang aku jumpa.memang betul,melayu tidak boleh tengok melayu naik.aku pelik dan rasa sedih kenapa jelous dengan kaum sendiri maju.sampai bila kita mahu maju?

Semalam,aku jumpa seseorang yang membuat aku banyak tertanya dan aku agak terperanjat dan respect dia.dia seorang wanita dan masih muda tetapi sudah ada tanggungjawab yang besar dan ada syarikat sendiri.aku respect dia sebab dia pandai manage.kalau lelaki aku tidak hairan tetapi ini perempuan.

Apa yang dia bawakan adalah dalam apa yang aku cuba mahukan.

Sekarang ini aku cuba untuk berlajar dengan dia dan dia pun tidak kisah dengan ilmu dan pengalaman yang dia ada.

Sekarang ini,aku sedang berfikir tentang rancangan aku.rancangan jangka masa pendek.jangka masa 5tahun.dan jangka masa lama.

Aku akan cuba berfikir secara waras dan mengambil langkah berjaga-jaga dan ingin menjadi seseorang yang sangat cerewet.

Aku harap,semua menyokong aku.

Wednesday, January 6, 2010

Terima kasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sorry sebab semalam aku tidak berkesempatan untuk menulis blog.Semalam adalah hari sibuk aku dan hari ini hari paling sibuk aku pada minggu ini.Aku harap,esok dan lusa tidak sibuk sangat.

Ok,kali ni aku mahu cerita tentang rancangan masa hadapan aku.Seperti yang aku rancangkan,aku sudah Nampak ianya akan berlaku tidak lama lagi.Aku harap ini semua menjadi.

Semalam aku sms abah aku menyuarakan hasrat aku mahu berhenti kerja dan mahu pergi kursus usahawan yang bakal aku ikuti dibawah PUNB.aku bercadang mahu resign akhir bulan ini atau akhir bulan depan.Itu bergantung kepada struktur kewangan aku.aku harp tiada masalah.Aku Cuma mahu tunggu boss aku balik dari UK.dia balik je aku akan bagi surat resign.apa yang dia nak cakap lah.aku tak kisah.asal apa yang aku mahukan dan impikan akan aku capai.sampai bila aku mahu macam ini tanpa ada tindakan.

Ok,semalam abah aku bagitau yang dia benarkan aku masuk kursus itu.Aku cakap aku nak buka kedai Photostat untuk permulaan.Kemudian,aku akan menambahkan lagi perkhidmatan seperti advertising and apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya.Abah pun setuju.Aku terasa amat gembira bila abah sudah benarkan aku memulakan ini.aku tahu aku akan balik kebawah.itu tidak menjadi masalah,aku harap,orang disekeliling aku sentiasa member sokongan dari belakang,depan,tepi kiri kanan,atas dan bawah.aku yakin aku boleh lalui ini semua aku Cuma mahukan dorongan sahaja.aku takut aku tidak kuat semangat.

Alhamdulillah,apa yang aku mahu lakukan ini,telah mendapat restu dari keluarga dan rakan-rakan.terima kasih sangat-sangat.aku amat menghargai ini semua.

Semalam,aku contact kawan aku.dia baru sahaja tamat pengajian dalam bidang printing.dia tidak sambung berlajar dan dia berhasrat mahu buat bisness.ini sudah baik.selepas ini,aku mahu berbincang dengan dia tentang perkara ini.dia ada skills dan aku ada pengurusan.combain kedua-duanya,insya allah bisness boleh dijalankan.

Esok,rakan aku datang dari Kelantan.mahu juga joint aku ikuti kursus itu.Aku harap,kamis sama-sama akan berbisness.kami akan berjumpa dengan rakan aku di Putrajaya dan akan berbincang tentang ini semua.so,minggu ni aku akan sibuk dengan perancangan ini semua.

Aku harap,dengan niat aku mahu memajukan diri,agama dan bangsa aku ini.Aku dapat pertolongan dari ALLAH SWT.

Tuesday, December 22, 2009

nekad aku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Dua tiga hari ini aku amat sibuk sikit.Aku settlekan kerja yang tertangguh disebabkan aku cuti hari itu dan aku tengah explore pasal bisness ni.

Ok,sekarang ini aku sudah niat untuk membuka satu bisness.bisness apa tu tidak boleh diberitahu dahulu tetapi korang mesti akan tertanya-tanya kenapa aku mahu buat bisness itu.Biar aku sahaja yang tahu dahulu dan orang-orang yang dekat dengan aku tahu dahulu.

Aku harap,apa yang aku mahukan ini akan menjadi.Bukan apa,sejak kebelakangan ini,hati aku memang mengatakan aku boleh buat.semangat aku untuk membuat bisness sekarang ini semakin meningkat dan aku tidak mahu terlepas peluang.

Ya,aku tahu aku masih muda dan tidak banyak pengalaman.Tetapi itu semua aku boleh pelajari dan aku tahu keluarga aku semua boleh member bimbingan dan tunjuk ajar kepada aku.Yang pasti sekarang ini aku mahu menyimpan sedikit untuk menampung hidup aku bila aku resign nanti.Aku target aku boleh sara hidup sendiri selama 3bulan.

Ya,aku memang sudah nekad.Cuma aku perlukan restu dari abah dan emak dahulu.Emak dah bagi green light.Cuma dia cakap,buatlah yang terbaik.Insya Allah mak,along akan wat yang terbaik.Along tahu apa yang along buat ini.Cuma sekarang ini aku mahu pendapat dari abah dulu.Sebab abah sudah lama terlibat dalam bidang ini.Cuma bezanya dia buat secara part time dan aku mahu membuat secara full time.Along harap abah member semangat kepada along.

Yang pasti,aku akan berkorban apa jua untuk mencapai target aku ini.Aku harap,semua orang member ruang dan menyokong aku untuk memulakan bisness ini.Aku harap satu hari nanti aku akan Berjaya.

Yang pastinya aku akan tidak lagi duduk disini dan aku akan menjadi seorang yang lebih matang dan muka tak tahu malu.

Insya Allah.Aku tahu REZEKI itu ada dimana-mana sahaja.Yang penting adalah usaha dan tawakal kepada ALLAH SWT.

Sunday, November 22, 2009

sebak

semalam,merupakan hari minggu.
semalam juga aku duduk rumah je.tak keluar.
keluar pun pagi coz bob mintak tolong hantar dia g wat lesen dia.
Tahniah kepada beliau kerana sudah ada lesen L..hihi

then,lepas aku hantar bob tu,dalam pkul 8 kot,aku singgah beli nasi berlauk kat tepi jalan coz aku bercadang malas nak keluar semalam.
then,aku beli n beli then balik rumah.
aku makan.lepas makan aku bercadang basuh baju..

so,aku pun angkut basket baju kotor aku ke mesin basuh..
mula-mula aku basuh baju dulu...
then,baru aku basuh benda lain..
coz aku ni cerewet sket bab2 basuh baju ni..kang koler baju aku rosak..tak suke..

then,time aku ngah lepak tunggu baju settle basuh..aku dapat msg dari AIN.dia cakap dia sakit belakang dari hari jumaat aritu..dia suruh bagi semangat kat dia.
sriusly time tu aku rasa sebak coz dia bagi msg cmtu..
aku terus call dia.dia nangis2..aku dah berjurai air mata time tu..
AIN merupakan adik kandung bongsu aku..
sekarang dia tengah menduduki peperiksaan SPM di sek teknik JB.
dan dia duduk di rumah Cik dayah aku.

aku ingatkan bila dia dah duduk kat rumah sudah ok lah..
nampaknya penyakit dia tu datang balik.aku risau takut dia tak boleh buat untuk SPM ni.
aku cakap dia suruh lawan.jangan fikir sakit tu.
bila kita fikir,kita akan rasa sakit tu.jangan hiraukan sakit tu.

mula-mula dia tak bagi bagitau mak aku.
pastu.aku call cik dayah aku.dia cakap mmg AIN sakit.dia cakap dah wat g urut.tapi sakit lagi..huhu

last2 aku tak tau nak wat pe..aku call terus mak aku..aku tahu kami adik beradik dah banyak menyusahkan mak..tapi along cian tgok AIN.along kat KL..kalau along kat jhr,ley lah along tolong mak..hari rabu ni along balik ngan ya..

bila mak dapat tau,mak terus gi JB..mak bawak AIN g klinik and g berubat..
moga AIN kurang sikit..aku harap dia dapt bertahan sampai habis SPM dia..

aku harap abah juga tahu.

Tuesday, November 17, 2009

good luck to my sis for SPM..

along doakan ain dapat menjawab dengan mudah dan tenang.

hopefully ain dapat apa yang telah ain usahakan sebelum ini.

hopefully ain berjaya dengan cemerlang,gemilang dan terbilang

Thursday, October 22, 2009

post ni aku tujukan khas kepada my cousin...ops..silap,untie sedara..hihi.
name dia LIYANA,tapi panggil dia YANA..dia sebaya je kot ngan aku tapi dia muda 1bulan dari aku..hihi

sebenarnya nak cite aku jumpe dia semalam..hihi..
dia nak datang Kl dari batu pahat coz dia nak gi rumah akak dia kat Damansara Perdana.
so,dia mintak aku amek dia kat pudu.
aku pon no hal lah coz dah lama tak jumpe dia.
so,pas keje aku terus gi PUDU.
dia sampai dalam pkul 7.nasib baik tak ramai sangat orang kat pudu.

then,dia nak belanja aku makan coz sempena birthday aku katanya.
so,aku cakap dia aku nak makan kat TGI Friday or Chilies..hihi
tapi disebabkan aku yang hati mulia ni,aku tak keysah pon kat mana-mana asalkan makan dan kenyang.

so,kitorang plan makan kat area damansara jer.
den,Yana cakap makan kat Restoran Buloh..
kitorang makan nasi n macam2 lauk..hihi
last2 yana tak abes makan..haha
tulah ko tamak sangat tadi..hoho

then,after that aku anto dia balik rmh kak rai den aku trus caw balik rumah..hihi

aku sedih coz terlupe nak snap2 pic ngan yana td..wawawa

bufday boy

today is my special day.
hopefully from today and future,i can got what i want.
aku nak jadi anak yang soleh
aku nak jadi seorang yang berjaya dalam kerjaya
aku nak benda yang aku impikan selama ini
aku nak kebahagiaan

aku mahu jadi makhluk ALLAH yang sempurna
aku mahu tunaikan semua yang wajib bagiku
aku mahukan kemewahan
aku mahukan SYURGA
aku mahukan keluarga yang bahagia

sempena birthday aku yang jatuh pada hari ini iaitu hari JUMAAT,aku harap aku akan dapat kerberkatan dari MU YA ALLAH..

tahun ni aku tak kena apa2..hihi..tahun lepas aku masih di universiti.memang jadi amalan budak2 untuk dengki sesiapa yang akan menyambut birthday..hihi

btw,thanks to u all guys yang wish kat aku especially MAK,ABAH,YA,CIK DAYAH,YANA,YAYA,IELA,BOB,BAD,RANI,,POJIE,DAOZ,REMY,FIZA,Eiqa,Zima,Ekin,Syu,Ana,Zafira,JOE,Hanif,Nisa,Chuck,Ahred,Nads,Sharena Ismail,Azam,Akim,Farah,K,Hanis n Mawaddah...
aku rasa ni je yang dah wish kat aku..hihi
name siapa2 yang aku tertinggal tolong tambah kan eh..hihi
aku rasa aku tak tertinggal kot..
btw,thnks u all guys..

Sunday, October 18, 2009

hari jumaat aritu aku dapat msg dari acap..dia mahu ajak kuo dari shah alam.aku pon pelik kenapa.dia ajk gi putrajaya..wah,nice suggestion coz aku dah lama tak gi sana..den,aku pon ajak lah si bob n najwa sekali..
then,dalam pkul 9 kitorang gerak..
sampai di putrajaya tak tau nak lepak mana..hihi..we decided lepak kat jambatan..mmg best r lepak situ..aku ngan bob apa lagi.beraksi r..haha..almaklumlah ada camera..hihi

then,kitorang kene halau ngan polis..wawa.sedih..then,kitorang lepak kat dataran depan masjid plak...cantik menarik tertarik kau memang debom..hihi
memang ramai orang lepak sini..kitorang usha orang2 main kete control kat situ..memang mantap r..at the same time gak ahred pon de..ajak dia lepak sekali..

then,pkul 12 adalah masa yang dinantikan coz birthday si acap tu..bro,happy birthday..dah tua ek ko..haha..

den,lepas tu kitorang balik..

keesokan harinya,hari sabtu,aku dijemput ke kenduri akikah sepupu aku di Selayang.
wife pak wie aku baru je lahirkan anak perempuan bulan 7 haritu.then,dia wat akikah pada hari sabtu haritu dan juga rumah terbuka.
aku rojer cosin aku kat UM,along.ajak dia gi sekali.then,dalam pukul 12 lbey gak aku gerak..coz aku basuh baju dulu n kemas2 rumah dulu before gi..hihi..g amek along kat UM den terus gi Selayang..memang kitorang datang semata-mata nak makan jerk..hihi
3round aku makan..haha...1st laksa,den laksam den nasi..haha..buncit aku...wawawa
then,sedara mara ada gak datang.aku jadi wakil untuk abah aku r..coz cosin dia de datang..aku pon cam ingat tak ingat jerk..almaklumlah jarang sangat2 balik besut..

with my cosin,tengku nur hanim

the,around pkul 4 kitorang gerak balik coz along de kje and aku rasa cam ngantuk jerk..hihi..
malam tu aku dok rumah jerk..hihi

weekend,ahad

seperti biasa,aku bangun awal memang awal tapi tido balik..hihi
pukul 11 gak aku bangun,bangun,aku rasa cam lapo..huhu..
mintak pojie kunci moto,then gi 7eleven..hihi..gi beli roti,kacang bakar n air soya..hihi
break1st aku pada pukul 12tghari..hihi

then,aku dapat tau de sua rasa kat stadium melawati..aku pon ajak bob gi..hihi
gerak dalam pkul 2 ptng..dah cam tourist je coz jalan2 kat panas2 ni..
n for information,aku ngan bob kuo naik moto..hihi
dalam pkul 5 gak kitorng balik..hihi

i drive my evo 10

then,malamnye ada open house kat apartment aku..apartment kitorng wat..mmg meriah gak r..hihi...

open house apartment sri kayan

Wednesday, October 14, 2009

this is my present from my dad..
thanks very2 much..
coz sebenarnye jam aku sebelum ni putus tali tapi aku tak sempat-sempat nak gi betulkan.
at ast,aku dapat jam baru..hihi


that watch is CITIZEN ECO-DRIVE..
very2 expensive..
btw,thanks abah..

pst : utk korang nak bagi present for my coming birthday,bagilah benda selain watch n wallet..hihi:p
just jokes

Tuesday, October 13, 2009

sudah sampai

hadiah ke dua konvo aku..


cuba teka apa dalam ni

yeah..wallet sembonia


thanks to cik dayah,acik n siapa2 lagi yang bagi along hadiah tu..
thanks very much
love u all damn much




left : hadiah dari cik dayah n acik
right : hadiah dari diri aku sendiri
dua-dua SEMBONIA..nasib baik tak sama type..hihi
thanks

Thursday, October 8, 2009


alhamdulillah syukur.. aku telah diberi peluang untuk bernafas samapi ketika ini dan aku agak kurang sikit kerja di office ini.aku sebenarnya mahu berkongsi cerita tentang konvo aku.

3 october 2009 adalah tarikh keramat bagi aku dan rakan-rakan ku yang lain dimana merupakan hari konvokesyen kami.
alhamdulillah syukur juga kerna aku dapat menyambut hari itu bersama-sama keluarga yang tersayang.mak dan abah datang.atuk,tok wan,tok mek,cik su dan ayah su juga turut datang ke majlis tersebut. mereka ini semua orang yang memberi semangat untuk aku terus berusaha dan berjaya.

alhamdulillah,aku sudah nampak ada sedikit perubahan yang positif pada abah aku.sekarang ini dia dah semakin rapat dengan anak-anaknya yang dia tinggalkan lama. terima kasih yang tidak terhingga kepada mak kerna mendidik along dan adik-adik dari lahir sehinggalah along sudah besar panjang ini. mak adalah segalanya bagi along.n thnks coz support apa sahaja yang along mahu buat. alhamdulillah,dengan doa mak along dah bekerja dan sedar tak sedar dah 6bulan along bekerja. 3 oktober 2009 jam 2ptg..perarakan masuk ke dewan konvo bermula.aku rasa agak gementar kerana aku seperti tidak layak dan sepatutnya konvo.aku seperti dibuai mimpi yang indah pada hari itu.

syukur,majlis konvokesyen ini telah berjlan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah teknikal.yang penting majlis itu sudah selesai dan aku sudah mendapat segulong sijil Diploma in Electric & Electronic (Industry)..



Thanks kepada abah coz bagi hadiah yang paling mahal dalam hidup aku iaitu jam.Syukur juga kerana aku baru je nak beli jam tapi dah dapat.mahal plak tu. Then,thanks to atuk,tok wan,aziem n aimi coz bg bunga. to cik su n ayah su juga,thanks bg bunga. n eqa,bad,bob,rani,yana,aina,ajid,daoz,tito,yusrie,jumain,chak n senandikas yg lain2..sory if xsbut nme coz aku terlupe..hihi..jgn marah n tak lupe juga kepada kak nyda n kak nonie..thnks very much..

Then,thanks u all guys coz datang time aku konvo..even aku konvo for diploma tapi rasa cm konvo for degree jerk..hihi...


korang doakan aku akan success in my future eh..


Thanks & I REALLY LOVE U ALL...



sesungguhnya keluarga adalah lebih penting dari kawan dan lebih penting dari kekasih

Wednesday, October 7, 2009

1st day : my convocation day








2nd day : fwen convocation day



tgk pic je eh..aku sibuk skunk ni..kang aku free aku cerite eh..k

Sunday, September 27, 2009

raya 2009



dis raya lengkap family aku.before ni dah lama tak lengkap family aku.
boleh dikira dengan jarilah berapa kali lengkap family aku ni.dalam 3-4 kali je kot dalam seumur hidup aku.
aku rasa gembira sedikitlah coz abh aku balik.even 2hari pun its ok.aku bersyukur.
thanks to ALLAH coz sedarkan sedikit demi sedikit abh aku ni.

kitorang raya kat rengit jerk.
raya kali ni aku dah rasa lain coz aku dah bekerja.
mula-mula tu aku rasa bangga gak r bila dah kerja.
den raya aritu aku puas coz dapat bagi duit raya kat cousin2 aku semua.even sikit pon.sorry lah coz bg sikit je,bdjet orang baru mula kerja mmg sikit..hihi
then,aku dapat bg atok2 sedara aku...moga u all semua doakan aku ditambahkan rezeki.

yang penting,raya tahun ni banyak benda yang telah berlaku dalam hidup aku.
tapi yang penting aku bengang ngn some1 ni.memang tak patutlah dia balik rumah aku.
rasa cam nak hambat dia keluar jerk.orang kata dia ni pandai buat anak jerk.jaga memang tak pandai langsung.dahlah pemalas ditambahkan lagi muka tak malu memang kenalah ngan dia tu.ko ingat sedara mara nak tolong ko 1family je ke?ko tak fikir orang yang tolong ko ke?dahlah asyik kecik ati je,aku rasa ko tak patut kecik ati r beb.ko tak layak untuk kecik ati ngan family aku.ko tu yang patut tengok muka ko yang gigi tak ada tu kat depan cermin.

bengang tul aku tengok lelaki yang pemalas n bergantung kat belas kasihan orang lain jerk.huhu



btw,sorrylah kepada yang aku tak sempat nak gi beraya rumah diorang.coz aku mmg bz gler..jumaat n sabtu aritu aku dah kerja dah.nasib baik aku kerja kat BP jerk.tapi yang penting,1johor aku pusing raya kali ni.cuma segamat je aku tak sampai..huhu

Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran

assalamualaikum

saya rasa tidak terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri kepada sekalian manusia di alam nyata ini terutama sekali,my beloved family,mak,abah,ya,ain,atuk,tok wan,pak cik-mak cik,sedara mara yang jauh mahupun yang dekat serta rakan-rakan dan sahabat sekalian.

disini saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut hari terakhir Ramadhan pada tahun ini.Moga kita dapat keberkatan di bulan yang Mulia ini.Memang sukar untuk percaya kita sudah berada di haru terakhir berpuasa,tapi itulah masa.berlalu sebegitu pantas tanpa menghiraukan manusia.

Saya MUHAMMAD SYAFIQ BIN ADNAN,no IC 881023-05-5497 ingin memohon maaf atas kesalahan yang telah saya lakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja.diharap,kita dapat memaafkan sesama sendiri.dan tidak lupa juga halalkan makan minum saya.
Saya memohon MAAF dari ZAHIR sampai ke BATIN kepada manusia di alam nyata ini terutama sekali,my beloved family,mak,abah,ya,ain,atuk,tok wan,pak cik-mak cik,sedara mara yang jauh mahupun yang dekat serta rakan-rakan dan sahabat sekalian.

Semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna dari sebelum ini.


kepada anda semua,silalah berkunjung kerumah saya yang beralamat seperti berikut :

321,jalan jaya diri,
83100 rengit,
batu pahat,
johor

atau

B-4-1,
pangsapuri sri kayan,
jalan pinggiran USJ 2/1,
47601 subang jaya,
selangor

pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk anda semua melainkan pada waktu tidur.

Sekian,

WASALAM

Friday, September 11, 2009

aku mahu berlajar
tolong wahai rakan-rakanku
aku sudah banyak tersilap
sudah menyimpang jauh dari jalan sebenar

tolong bagi aku peluang untuk aku bernafas kembali
tolong jangan membuat aku tertanya-tanya
tapi aku rasa terharu dengan anda semua
inilah erti seorang kawan

aku sudah rasakan nikmatnya
ada rakan-rakan
walaupun jauh
tetapi dekat dihati

rakan-rakanlah pengubat duka
sedar tidak sedar
aku lebih lama bersama rakan-rakan
berbanding keluarga sendiri

aku akan cuba hampiri keluarga
dan juga rakan
bagi stabilkan
diri aku ini

sekarang aku sudah puas
ada kawan yang sentiasa dengan aku
aku bersyukur ada keluarga yang memahami
dan memberi sokongan terhadap aku

Thursday, September 3, 2009

hari aku

hari ini 4 september 2009..
4 adalah nombor celaka aku..
dan sememangnya malang bagiku hari ini.

kalau boleh,aku tak nak hidup apabila bertemu dengan nombor 4..
mesti ada yang akan berlaku dalam hidup aku.
aku tidak pernah sekalipun berniat untuk memutuskan hubungan sesama manusia.
tetapi kenapa orang mentafsirkan aku sedemikian??
aku tidak faham.

kalaulah aku ni boleh putar balik semula masa..
aku akan putar balik..
aku tidak mahu perkara seperti ini berlaku.
ni lah lumrah hidup..

aku mahu berterus terang segalanya
aku tidak sanggup lagi hidup seperti ini
aku mahu hidup aku ketika itu
aku mahukan itu

aku mahu jadi yang terbaik dari yang terbaik
aku minta maaf kerna selalu menyusahkan hidup orang lain
aku janji lepas ni
aku tidak akan menyusahkan orang lain lagi

aku akan jadi diri aku
diri aku yang baru
untuk menjaga hati semua orang
akan ku sanjungi tinggi semua orang

maafkan aku
andai hari hari ahad ini hari terakhir aku
aku mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki
dari dalam sampai ke luar
aku mohon maaf sangat-sangat

setiap benda yang terjadi ada hikmah
aku harap agar korang semua tidak menjadi seperti aku
aku dapat rasa ada yang memanggil aku
aku mohon maaf
halalkan makan minum aku
aku merayu sangat-sangat

i love u so much all my family
i love u damn much nurul farha liyana
i love u all my fwens

hopefully korang akan ingat aku sampai bila-bila
wasalam

aku undur diri dulu untuk sementara atau selamanya

maaf

muhammad syafiq adnan


"tiada didalam dunia ini yang tidak membuat silap,sedangkan nabi pun pernah buat silap
tapi kita perlu menyesali kesilapan kita itu dan perlu berubah dan tidak perlu menghukum orang itu malah memaafkan orang itu"

Monday, August 10, 2009

rindukan mak


bila aku kesunyian,aku teringat
apa mak aku buat
sihatkah dia
ceriakah dia

along rindukan mak
along tak dapat jaga mak
along anak yg bnyk wat salah
along minta maaf

along terpaksa berpisah dengan mak
along minta maaf
along mahu cari hidup along sendiri
mahu berlajar hidup sebenar

along tak berniat mahu tinggalkan mak
along tahu mak perlukan
kami adik beradik
kami pun perlukan mak

mak pandai jaga kami
dari kecil sampailah besar
along banyak buat mak terasa
along minta maaf sangat-sangat

along harap mak restu tindakan along
along pergi jauh dari mak
tidak pernah sejauh ini
along rindukan mak

mak jangan risau
anak mak ni pandai jaga diri
along tahu along tak dapat
tunaikan apa yang mak minta

along tak berniat
cuma along nak tolong mak
along tak sanggup tengok mak bersusah payah
untuk kami lagi

along minta maaf sangat-sangat
along harap
along dapat berjumpa dengan mak
bila along balik nanti

along sayangkan mak
sayangkan adik-adik juga
along tak pernah lupakan korang
walaupun sekejap

i love u all so much

Related Posts with Thumbnails