Monday, April 12, 2010

Zaman sekarang ini,semua perlukan duit..tidak dinafikan.

Kalau tiada duit,kita tidak akan dapat apa yag kita mahukan.

Semua orang boleh dapat apa impian mereka tetapi tidak mahu bertindak.tidak dinafikan zaman ini ramai yang mempunyai kad kredit.kad kredit memang mudah untuk perolehi lagi-lagi kerja kerajaan.

Aku sendiri tidak terlepas dari tawaran untuk membuat kad kredit.tetapi aku menolak mentah-mentah.minta maaf kepada sales person yang advice aku tetapi aku tidak mahu.

Kenapa aku tidak mahu?kerana sememangnya kita akan bayar lebih dari apa yang kita gunakan.kerana terdapat hidden charge yang mereka kenakan.

So,aku tidak mahu gunakan kad kredit.orang kata,ukur baju dibadan sendiri.memang aku tidak nafikan aku boleh gunakan tetapi aku tidak mahu menyesal kemudian hari.

Aku tahu aku boleh perolehi dengan duit aku sendiri dari guna kad kredit.memang mudah.tengah-tengah bulan,guna sahaja kad kredit.akhir bulan sengsara membayar.pernah kita fikirkan sebegini?

Ya,memang aku masih muda,tapi aku sudah Nampak jelas apa yang akan berlaku 5tahun akan datang.aku tidak kisah kerana aku tidak dapat kerja government.sebab aku tidak mahu makan gaji buta.mostly yang aku perhatikan.makan gaji buta.mereka akan sibuk bila ada kerja sahaja,selebihnya berfoya-foya.

Aku tidak tahu kenapa orang yang bekerja kerajaan mengagungkan dia hebat.aku tahu,mereka memang KAYA….KAYA hutang..betul atau tidak?tapi mereka memang WAJIB ada akaun BANK RAKYAT.

Kenapa mereka ada akaun itu?kerana buat personal loan.memang BANK RAKYAT senang untuk mereka apply.mereka gunakan,bulan-bulan bayar.tapi apa yang mereka gunakan itu kita tidak tahu dan tidak ada yang menunjukkan perubahan.bila sudah tidak cukup duit lagi,buat lagi personal loan.

Sampai bila mahu hidup seperti ini?sampai pencen pun hutang tidak habis terbayar.

Aku tidak mahu hidup seperti ini.aku Cuma mahu berkongsi dengan anda semua info-info seperti ini yang kita sendiri pun kadang-kadang tidak terfikir.

Jangan sampai nak kahwin pun BERHUTANG..20tahun kemudian baru settle..

KENYATAAN BENAR ini SEMUA

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails