Friday, December 4, 2009

penangan nur kasih


masyarakat malaysia yang meminati drama bersiri baru sahaja dilanda TSUNAMI yang agak dasyat.
kita semua mesti tahu akan cerita itu.
kalau bukan NUR KASIH apa lagi kan.

ok.sebenarnya aku bukan berminat sangat pun cerita melayu.bukan tak nak sokong tapi dah jadi adat.bila dikutuk dan dicemuh,mereka akan bengang dan cakap bukan-bukan..kita sebagai penonton bagi pandangan tidak salah asalkan industri seni negara kita terus maju.apa salahnya ambil panduan dan contoh cerita dari luar negara atau sebagainya.

mula-mula aku tengok cerita NUR KASIH ni aku seperti sudah tertarik dengan drama melayu.Serius,aku sudah lama meniggalkan drama melayu.Mula-mula aku tengok sudah ditengah jalan cerita.Aku pun mencari kembali episod yang aku tertinggal.so,aku pun start dari episod 1 sehingga yang terkini.

beza sungguh cerita ini.pengarah cerita ini adalah Kabir Bhatia.tidak asing lagi beliau didalam industri seni negara kita ini.saya rasa bangga kerana ada juga pengarah di negara ini dapat mengarahkan cerita sedemikian.

memang cerita melayu tidak akan lari dari percintaan.tapi kali ini,percintaan yang betul-betul dengan cabaran dan berkaitan dengan agama kita sebagai muslimin dan muslimat.
macam-macam moral value yang boleh kita perolehi dari cerita ini.
kita juga boleh membuat contoh tauladan dan panduan hidup dimasa hadapan kelak.
memang diluar jangkaan saya bahawa cerita melayu boleh sampai ke tahap ini.memang menakjubkan.tahniah kepada produksi drama bersiri Nur Kasih ini.

saya sebenarnya berminat dengan cara pengolahan cerita yang dibuat oleh pengarah terkenal ini.jaln cerita ini sederhana ringan jika nak dibandingkan dengan cerita melayu lain.selain itu juga,cerita ini juga senang untuk difahami dan menjadikan rujukan dalam hidup kita.
tidak lari dari kehidupan kita yang sebenarnya.

watak-watak didalam cerita ini juga memberi impak yang maksimum pada setiap adegan.setiap watak ini diwujudkan juga ada tujuan dan sememangnya bukan sahaja watak kosong yang tidak diperlukan langsung.

watak aidil dan adam sememangnya hidup.tahniah kepada anda kerana dapat membawa watak ini dengan sebaiknya.watak untuk nur memang tidak salah pengarah memilih anda kerana anda sememangnya layak untuk watak ini.watak sarah juga tidak kurang hebat kerana dia yang memainkan peranan penting dalam jalan cerita ini.
tahniah kepada para pelakon yang lain juga kerana telah berjaya membawa watak ini dengan berjaya.

walaupun kehidupan sebenar para pelakon ini semua berbeza dengan watak yang dilakonkan,tidak ada sedikit pun yang nampak seperti tidak kena atau tidak selesa.sememangnya para pelakon berjaya memainkan watak yang telah diamanatkan oleh anda semua dan juga berjaya menjiwai watak tersebut.tahniah sekali lagi saya ucapkan.

selain itu,cara pergambaran dan angle shoot memainkan peranan.
serius saya cakap yang pengarah ini membawa kita kepada lain dari yang lain.
tahniah.saya suka akan car pengambilan video dalam cerita ini.
bagi saya,drama ini layak untuk dibuat filem.

semoga industri seni negara ini terus maju kehadapan.

1 Comment:

  1. sisdee said...
    eh sarah minat gile cite ni tau hahahahahahahhah...
    tanya le dia .. dia tau sape adam sape nur kikiki

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails