Friday, June 12, 2009

kahwin jugak poksu aku


pada 31mei yang lepas,termaktublah pok su aku (Khairul anwar) dan mok su (syahriah) menjadi suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. akad nikah berlangsung pada pukul 11pagi di masjid jalan kuala kedah iaitu bersebelahan dengan rumah pengantin perempuan. alhamdulillah r coz majlis berjalan lancar.


selepas majlis akad nikah,kami diberikan rumah persinggahan untuk memrehatkan diri kami sebelum majlis bersanding berlangsung di rumah pihak perempuan.
mula2 aku terasa pelik coz cam xde majlis je arini kat rumah pengantin perempuan itu.yelah,kalau kat johor sebelum subuh dah ramai yang wat kerja dan persiapan terakhir sebelum majlis dilakukan.tapi dikedah ni,seperti tiada apa2 yang berlaku walaupun sudah pukul 12tengahari. dalam pukul 2,kami pihak keluarga lelaki berarak memasuki perkarangan rumah pihak perempuan.kami disambut dengan mesra oleh mereka.alhamdulillah apa yang dirancang telah menjadi dan tiada apa2 yang tidak diinginkan berlaku.pada waktu kami makan,memang ramai tetamu mula memenuhi perkarangan rumah tersebut.


kami dengan tidak ada perasaan malu,kami pon membedal sahaja makanan yang ada di atas meja kami.hehe..memang sedap sungguh,tak rugi aku makan banyak.hehe..


then,after majlis makan berakhir,walaupun ada yang tak siap lagi makan,kami diberi peluang untuk naik ke atas rumah untuk bergambar.aku apa lagi,naik r,coz aku kene amek gambar diorang semua.boleh tahan jugalah dia punya pelamin,simple but nice..



then,after majlis bergambar selesai,kami pun menuju ke masjid untuk menunaikan solat zohor dan jama' sekali. dalam pukul 3.30ptg kami bergerak menuju ke pekan rabu.aku seperti tidak larat untuk berjalan coz penat dan aku fikirkan sampai atau tidak aku kejohor before pukul 4pagi.coz esoknye aku kene gi KL pada jam 7pagi.

di pekan rabu,aku telah di PAW oleh adik2 aku n mk cik n pak cik aku..huhu...susah betul kalau bagitau gaji aku baru clear..wawa..memang banyak gak aku habiskan duit gi kedah aritu..tapi its ok.


then,dalam pukul 4.15ptg kami bergerak pulang ke batu pahat,johor.
kami singgah di Sg Perak pada waktu maghrib.kammi berhenti untuk makan dan menunaikan solat. dalam pukul 8.30mlm bus kami meneruskan perjalanan.selepas sg perak,aku memang dah lalok giler.aku pon baring then melelapkan mata.

next pit stop di seremban.aku sadar sekejap jerk,diorang ajak turun minum.tapi aku tak boleh nak bangun,aku teruskan diri aku dibuai mimpi yang indah..haha then,tau2 je aku dah sampai depan rumah aku..hihi... aku trunkan beg aku,then aku kene siapkan beg baju aku untuk ke KL pulak.aku gerak gi KL coz nak opening our new office with my bos n yusuf.

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails